Motosikal

BELI MINYAK PETRONAS SPRINTA RM70, DAPAT HADIAH YSUKU!

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) hari ini meraikan pemenang bulan Jun untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza. 

Pemenang bertuah itu ialah Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin berusia 23 tahun dari Permatang Pasir. Ahmad Shafiq yang bertugas sebagai pelatih kesihatan hanya membelanjakan sebanyak RM70 untuk membeli dua botol minyak pelincir Sprinta F700 dan layak menyertai peraduan.

Hadiah bulanan berupa sebuah motosikal Yamaha Y15ZR disampaikan oleh Ketua Peruncitan PLMM, Mohd Bahrin Mohd Yunus di PETRONAS Tanah Liat yang merupakan stesen di mana Ahmad Shafiq membeli minyak Sprinta tersebut.

Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza yang bermula 11 Mac lalu akan tamat pada 30 September 2019. Sebanyak tujuh buah hadiah bulanan Yamaha Y15ZR ditawarkan.

Manakala hadiah kedua berupa tiga unit Yamaha R25 dan hadiah utama sebuah motosikal berkuasa tinggi, YAMAHA R6  bernilai lebih RM100,000 masih boleh dimenangi. 

Lebih menarik lagi, semua motosikal yang ditawarkan itu diberi sentuhan ‘airbrush livery’ sempena pasukan PETRONAS YAMAHA SRT yang bersaing di kejohanan dunia MotoGP.

Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini: 

  • Mac: Sahrulnaim Sahrahan
  • April: Mohd Arif Mohmad Yasin
  • Mei: Muhamad Faez Aju
  • Jun: Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin

Masih ada tiga buah Yamaha Y15ZR untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan.

Hadiah kedua dan utama bakal disampaikan di Litar Sepang sempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

Google ads
Back to top button