Buletin

KURANG 48 JAM, TESLA CYBERTRUCK TERIMA 146,000 TEMPAHAN

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc., Elon Musk memberitahu pihaknya telah menerima 146,000 tempahan untuk trak pikap elektrik pertamanya, Tesla Cybertruck dalam tempoh kurang 48 jam.

Ia jauh mengatasi ramalan pihak pengurusan kanan yang menyatakan angka tempahan sebegitu tidak relevan.

Reka bentuk pelik dan gimmick cermin pecah yang gagal nyata tidak menghalang orang ramai untuk menempah trak pikap berkenaan.

Sudah menjadi amalan biasa buat Tesla untuk mendedahkan produk masa depan, mengambil tempaga dan menyerahkannya kepada pelanggan beberapa tahun kemudian.

Dua tahu lalu, Tesla memperkenalkan trak Semi dan kereta sports Roadster, tetapi kedua-dua model itu belum pun memasuki saluran produksi. Pada musim bunga tidak lama lagi, Musk dijangka melancarkan crossover Model Y yang akan diproduksi tahun depan.

Dalam satu hantaran di laman Twitter, Musk memberi tahu 42 peratus pelanggan memilih Cybertruck varian pertengahan dengan dua motor yang berharga bermula AS$49,900 (RM(RM208,000).

Sementara 41 peratus pelanggan memilih versi paling tinggi yang dilengkapi tiga buah motor elektrik berharga AS$69,900 (RM292,000). Mereka yang memilih varian paling murah dengan motor tunggal yang ditawarkan pada harga $39,900 (RM166,500) hanya sebanyak 17 peratus.  

Laman web Tesla membolehkan pelanggan untuk menempah Cybertruck dengan deposit hanya AS$100 (RM417) yang boleh dipulangkan. Pelanggan juga boleh melengkapkan konfigurasi trak mereka apabila produksi hendak dimulakan pada akhir tahun 2021.

Jumlah deposit itu sebenarnya jauh lebih rendah berbanding deposit untuk Model 3 sedan iaitu sebanyak AS$1,000 (RM4,170).

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button