,
Buletin

TESLA CYBERTRUCK – INI TRAK PIKAP ATAU KERETA KEBAL?

Pengasas Tesla, Elon Musk baru-baru ini memperkenalkan trak pikap elektrik sepenuhnya, Tesla Cybertruck dalam satu majlis di California.

Seperti yang diketahui, Tesla memang ingin sama-sama berkongsi kek pasaran trak pikap yang besar dan mewah terutama di Amerika Syarikat. Selepas tujuh tahun dibangunkan, Cybertruck akhirnya tampil dengan bentuk yang cukup futuristik.

Turut dikenali sebagai CYBRTRK, ia mempunyai dimensi 5,885mm panjang, 2,027mm lebar, tinggi 1,905mm dan menawarkan kapasiti enam tempat duduk. Saiz itu membolehkannya bersaing secara langsung dengan trak pikap popular Ford F150.

Tesla akan menawarkan Cybertruck dengan tiga pilihan rangkaian kuasa. Varian paling berkuasa menggunakan tiga unit motor dan sistem pacuan semua roda (AWD). Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.9 saat.

Dengan sekali caj, trak pikap itu boleh bergerak sejauh lebih 800km dengan kelajuan maksimum 209km/j. Harganya adalah sekitar AS$69,900 (RM292,000).

Varian kedua dikuasakan oleh dua motor serta sistem AWD yang menawarkan jarak 480km dan pecutan 0-100km/j dalam masa 4.5 saat. Harganya ialah AS$49,900 (RM208,000).

Versi paling murah didatangkan dengan pacuan roda belakang dan motor tunggal. Ditawarkan pada harga AS$39,900 (RM166,500), ia mampu bergerak sejauh 400km dengan sekali caj.

Bukan sahaja berkuasa, Musk mendakwa trak pikap yang menggunakan menggunakan sistem suspensi udara ini menawarkan pengendalian seperti sebuah Porsche.

Di samping kelebihan sebua trak pikap seperti jarak kelegaan tanah setingi 16 inci, sudut mendekat 35 darjah dan sudut pelepasan 28 darjah. Tesla Cybertruck juga boleh membawa kargo seberat 1,587kg dan menunda beban sehingga 6.3 tan.

Badan trak pikap ini menggunakan material aloi keluli yang tahan lekuk, tahan karat dan tahan calar.

Bahagian dalaman jentera ini pula cukup ringkas dan minimalis dengan hanya satu skrin sentuh besar pada papan pemuka. Untuk memberikan rasa lebih luas, ia dipasang dengan bumbung kaca panoramik.

Berbeza dengan trak pikap lain yang biasanya menggunakan reka bentuk badan di atas kerangka, Tesla Cybertruck dibina di atas kerangka monokok besi tahan karat.

Bahgi yang berminat, Tesla dilapor sudah menerima deposit hanya AS$100 (RM417). Cybertruck dijadual memulakan produksi pada hujung tahun 2021.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button