Buletin

12 TAHUN, 17 UJIAN BARU DAPAT LESEN MEMANDU. ASALKAN BUKAN LESEN TERBANG!!!

Wanita seorang pemandu yang teruk. Seorang wanita di Hertfordshire, Britain mula mempercayainya kerana sering kali menduduki ujian memandu malah tidak lulus mendapatkan lesen memandu.

Blessing Platinum-Williams, 31 bukan tidak mencuba malah telah mengambil ujian memandu sebanyak 17 kali sepanjang 12 tahun ini.

Wanita ini seperti  kebanyakkan orang apabila berdepan ujian. Dia akan menjadi terlalu gugup menduduki ujian sehingga gagal pada hari tersebut. Justeru, tidak mengejutkan apabila sering kali menduduki ujian memandu.

Platinum-Williams menduduki ujian pertamanya pada tahun 2008 dan ia berterusan sehingga 12 tahun.

Dia mula terdesak dan mengalami tekanan malah sanggup menempah slot ujian di bandar lain yang mempunyai kadar calon lulus lebih tinggi.

Secara dasarnya, dia menjelaskan merupakan seorang pemandu yang teruk. Dia tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila berada di bulatan dan berinteraksi dengan pemandu-pemandu lain.

Dalam masa sama, dia hilang keyakinan diri untuk memandu.

Pada minggu ini, Platinum-Williams memperoleh lesen memandunya melalui kiriman mel selepas mengambil kelas dan ujian sewaktu perintah berkurung.

Ini merupakan antara senario tidak semua orang dilahirkan memiliki kelebihan memandu. Jangan putus asa dan ambil lesen terbang!!! -autoevolution

Google ads
Back to top button