Buletin

HADIRI 1,000 KELAS SELAMA 30 TAHUN. TAPI MASIH GAGAL UJIAN MEMANDU

Selama 30 tahun, seorang wanita teleh menduduki 1,000 kelas memandu tetapi masih gagal dalam ujian.

Isabelle Stedman mula mempelajari memandu pada usia 17 tahun tetapi masih tidak berupaya memperoleh lesen memandu.

Ia berikutan setiap kali berada di tempat duduk pemandu, wanita berusia 47 tahun itu akan mula berasa bimbang, gementar malah boleh pengsan.

Isabelle pernah diajar oleh tujuh tenaga pengajar dan menghabiskan lebih £10,000 (RM58,000) untuk kelas memandu.

Dia turut mencuba kursus pemanduan dan hipnotis bagi memastikan dia bersedia dengan ujian tetapi gagal.

Ibu dua anak itu bagaimanapun tidak pernah terlibat dalam kemalangan kereta atau pengalaman buruk di jalan raya sebelum belajar memandu. –Daily Star

Google ads
Back to top button