
SILENT SHADOW EV PERTAMA ROLLS ROYCE. DAH MACAM NAMA PEMBUNUH UPAHAN PULA
Rolls Royce bakal membangunkan kereta elektrik pertama yang dibangunkan dengan barisan model baharu.
Beberapa bulan lalu, CEO pengeluar kenderaan terbabit, Torsten Muller-Otvos berkata Rolls Royse akan mengenepikan teknologi hibrid dan plug-in hibrid dan memberi tumpuan kepada kenderaan elektrik sepenuhnya kepada para pelanggan.
Pemilik Rolls Royce iaitu BMW dikatakan telah menfailkan tanda dagangan nama Silent Shadow dengan pejabat paten Jerman untuk dinamakan kenderaan elektrik pertama terbabit.

Menurut Autocar, terdapat sebuah prototaip yang disimpan di hab R&D BMW yang menjadi model ujian dan asas kepada pembangunan trenkuasa elektrik untuk Silent Shadow itu.
Rolls-Royce Silent Shadow dijangka berkongsi banyak komponen dengan BMW i7 yang merupakan 7-Series versi elektrik.
Jentera terbaharu itu kemungkinan akan berkongsi komponen seperti motor elektrik, gandar dan pek bateri dibangunkan oleh Samsung SDI.
Silent Shadow akan dibangunkan menggunakan spaceframe aluminium manakala BMW i7 pula mendapat sentuhan seni bina CLAR.

Rolls-Royce juga akan membangunkan sendiri konfigurasi pacuan roda belakang dan pacuan semua roda dengan dipadankan pek bateri berkapasiti 100 kWh.
Ia mampu bergerak sejauh 500 km dengan sekali cas sahaja.
Pengeluar kenderaan itu dilaporkan akan membangunkan Cullinan versi elektrik sepenuh masa yang membawakan konfigurasi yang hampir serupa dengan BMW iX. – carscoops