Motosikal

HONDA ADV150 LOSS WHITE UNTUK PASARAN JEPUN. TERHAD 1,000 UNIT, BERMULA RM16,945

Honda memperkenalkan skuter ADV150 edisi terhad yang mendapat sentuhan warna putih (Loss White) untuk pasaran Jepun.

Model terhad kepada 1,000 unit tersebut ditawarkan pada harga  451,000 yen (RM16,925) dan tempahan dibuka pada 11 Jun sehingga 31 Ogos 2021.

Semua warna lain sedia ada masih dikekalkan untuk pilihan para pelanggan.

Ia hadir dengan livery sama seperti varian Red (merah) dihiasi jalur tona gelap kelabu dan hitam selain lencana ADV pada sisi skuter.

ADV150 memiliki berat 134kg dipadankan tempat duduk setinggi 795mm dengan jarak lega bumi 165mm.

Selain itu, skuter berkenaan dilengkapi visor angin boleh laras, set lampu LED dan sistem kunci pintar.

Ruang simpanan barang pula, didatangkan dengan kapasiti 27 liter dan soket pengecas.

Skuter itu mendapat khidmat enjin silinder tunggal OHC 4-lejang 2-injap dengan sistem penyejukan cecair yang menjana kuasa 14.8hp @ 8,500rpm dan tork 13.7Nm (6,500rpm). – Honda Jepun

Google ads
Back to top button