Buletin

KERETA KOREA TIDAK TERTAKLUK DI BAWAH LARANGAN EKSPORT KE RUSIA

Barangan pengguna seperti peranti pintar, mesin basuh dan juga kereta dikecualikan daripada larangan eksport Amerika Syarikat ke atas Rusia.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Korea Selatan, pada mulanya peraturan Foreign Direct Product Rules (FDPR) mengenakan larangan eksport ke atas barangan tadi, namun barangan untuk orang awam dikecualikan di bawah peraturan ini melainkan ianya dieksport untuk kegunaan ketenteraan.

Di bawah peraturan ini, syarikat diseru untuk menerima lesen daripada kerajaan Amerika berhubung barangan yang menggunakan teknologi Amerika sebelum barangan tersebut dieskport ke Rusia.

Antara teknologi yang tertakluk di bawah larangan ini termasuklah elektronik (semikonduktor), komputer, komunikasi/sekuriti informasi, penderia/laser, marin, navigasi/avionik serta aeroangkasa.

Pada ketika ini, sejumlah 32 buah negara termasuk 27 negara EU, Australia, Kanada, Jepun, New Zealand dan UK telah mengenakan sekatan ke atas Rusia, namun Korea Selatan masih lagi belum menerima lampu hijau dan masih lagi berusaha untuk menerima pengecualian daripada peraturan FDPR itu tadi.

Rusia merupakan antara negara penyumbang terbesar jualan kenderaan Hyundai Motor Group, di mana pada tahun lalu sahaja Hyundai dan Kia berjaya menjual sebanyak 171,811 unit kenderaan, merangkumi penguasaan pasaran sebanyak 22.3 peratus.

Ia sekaligus menjadikan Hyundai pengeluar terbesar di Rusia di belakang Renault.

Sumber: The Korea Times

Google ads
Back to top button