Motosikal

HONDA LANCAR CG125 EDISI KHAS ULANG TAHUN KE-30 DI CHINA. HARGA BERMULA RM4,969

Honda CG 125 yang menawarkan mobiliti untuk segenap lapisan masyarakat mula memasuki pasaran pada tahun 1976.

Sejak itu, ia mula dibangunkan di beberapa negara di dunia.

Pada tahun 2008, produksi CG125 telah dihentikan di pasaran Jepun untuk memberi laluan kepada jentera-jentera baharu jenama popular berkenaan.

Begitupun,Wuyang Honda telah melancarkan jentera CG125 edisi ulang tahun ke-30 yang memiliki peminat tersendiri itu di pasaran China.

Lebih dikenali sebagai CG125 Special, motosikal tersebut mendapat warna baharu berwarna biru dan putih serta sentuhan premium dalam menyerlahkan lagi sisi klasik jentera itu.

Selain itu, ia turut dihiasi logo sayap Honda dan lambang tiga dimensi yang mengandungi logo Wuyang Honda.

CG125 Special hadir dengan tempat duduk dibaluti kulit lebih menarik malah masih mengekalkan rekaan retro untuk mengimbas masa lalu.

Jentera berkenaan dilengkapi lampu hadapan segi empat tepat dan tolok analog.

Ia mendapat khidmat enjin silinder tunggal 125 cc yang mampu menjana kuasa mencecah 9.8 hp.

CG125 Special dijual pada harga bermula AS$1,184 (RM4,969). –rideapart

Google ads
Back to top button