
TEMPAHAN PROTON S70 KINI DIBUKA – 1.5L TURBO, JANA 175HP
Proton hari ini secara rasmi memperkenalkan model baharu yang ditunggu-tunggu iaitu Proton S70.
Dilancarkan dari garisan pengeluaran di Tanjong Malim, Proton S70 merupakan model sedan baharu pertama di tambahkan ke barisan model Proton semenjak pelancaran Proton Persona pada Ogos 2016.
Proton S70 menjadi model Proton baru keempat yang dibangunkan bersama dengan Geely selepas melancarkan Proton X70, Proton X50, dan Proton X90 hibrid ringan.

Selain nama rasmi model, tagline bagi Proton S70 telah diumumkan sebagai “Intelligence that Evolves.”
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, semua cawangan PROTON akan mula menerima tempahan dari pelanggan mulai 1 November 2023, dengan bayaran sebanyak RM500.
Sementara, pra-tinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula dari 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih dekat dan peribadi.

Model sedan baharu itu adalah berdasarkan Geely Emgrand dan mempunyai dimensi 4,638mm (panjang), 1,820mm (lebar) dan 1,460mm (tinggi). Secara keseluruhan, ia lebih besar berbanding Proton Preve.
Selain itu, Proton turut berkongsi foto-foto di bahagian dalam, dilengkapi dengan paparan instrumen digital termasuk, mempunyai bumbung suria.
Turut didedahkan ialah nadi kuasa, di mana ia akan dijana oleh enjin 1.5 liter turbo, berupaya menghasilkan 175hp dan 255Nm. Nadi berkenaan dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.
“Proton S70 mencatatkan bab baru bagi Proton kerana kami kembali ke pasaran sedan keluarga dengan model evolusi seterusnya.
“Dilengkapi teknologi keselamatan pintar, pautan, dan enjin turbo berkapasiti 1.5L dengan transmisi kopeling dua, kami mempunyai harapan tinggi bahawa ia akan menjadi popular di kalangan peminat Proton,” kata Dr. Li Chunrong.
GALERI:





- BACA: BUKAN PROTON S50 TETAPI DINAMAKAN SEBAGAI S70 – BAKAL LANCAR NOVEMBER
- BACA: PROTON TAWAR PAKEJ AKSESORI PROTON X50 R3 – TERHAD 200 UNIT, HARGA BERMULA RM12K
- BACA: PROTON S50 ADALAH KELAHIRAN SEMULA PROTON PERSONA, SAGA
- BACA: PROTON CATAT HASIL JUALAN LEBIH 100,000 UNIT UNTUK 2023, 13,955 UNIT TERJUAL BULAN OGOS







