
ADA HACKER BERJAYA TEMBUSI SISTEM KESELAMATAN CYBER TESLA, DAPAT NAIKTARAF PERCUMA
Sekumpulan hacker mendedahkan mereka telah berjaya memecah masuk sistem keselamatan Tesla (firewall) dan memperoleh beberapa ciri naiktaraf pada kenderaan ujian secara percuma, dan jika dibayar ciri ini bernilai hampir Rm 68,300 seperti pakej Full Self Driving dan pemanas pada kusyen.
Pada zaman sekarang, sesetengah ciri naiktaraf boleh diaktifkan oleh pelanggan secara langganan bagi menggunakan ciri tersebut. Kenderaan Tesla secara asasnya dibina dengan menggunakan perkakasan yang sama pada semua varian bagi menjimatkan kos pemasangan, dan ciri istimewa ini akan boleh digunakan oleh pemilik secara langganan.
Selain Full Self Driving dan pemanas pada kusyen, ciri yang boleh dilanggan termasuklah kuasa motor yang lebih tinggi. Ciri istimewa ini akan dikunci dalam perisian khas dan dilindungi oleh Firewall, namun sekumpulan penyedlidik di Berlin mengumumkan mereka berjaya mencari kelemahan sistem kesalamatan Tesla ini.
Mereka merancang untuk mendedahkan bagaimana sistem keselamatan Tesla ini boleh digodam pada minggu depan menerusi satu pautan“Jailbreaking an Electric Vehicle in 2023 or What It Means to Hotwire Tesla’s x86-Based Seat Heater”.
Proses hacking ini memerlukan kereta Tesla secara fizikal dengan menggunakan kaedah “voltage fault injection attack” pada sistem pemproses AMD yang digunakan pada unit Multimedia yang dipanggil sebagai AMD Secure Processor (ASP). Penyelidik ini mendakwa sebaik sahaja ditembusi, sistem firewall ini tidak boleh diperbaiki (unpatchable)
Namun penggodam ini memuji sistem keselamatan Tesla yang pada pendapat mereka lebih sukar untuk ditembusi berbanding dengan pemgeluar yang lain. Dalam satu laporan lain Tech Time telah melaporkan hampir 10 bekas pekerja Tesla telah didapati bersalah dalam tuduhan trade secret breach
Tesla juga mendakwa hampir 70 staf Tesla telah diambil bekerja oleh Rivian dan tindakan ini dikritik hebat oleh Elon Musk. Rivian pula mempertahankan tindakan mereka dengan alasan semua cara dan SOP pengambilan pekerja adalah dibuat dengan mengikut undang-undang dan polisi korporat US