
ROYAL ENFIELD SUPER METEOR 650 KINI TIBA DI SABAH – TURUT LANCAR STUDIO STORE
Royal Enfield, peneraju global dalam segmen motosikal bersaiz sederhana, 250cc- 750cc, baru-baru ini mengumumkan ketibaan Super Meteor 650 di Sabah.
Tampil elegan, Super Meteor 650 didatangkan dengan lampu LED, fork jenis USD, casis dan swingarm serba baharu termasuk diserlahkan lagi melalui rim jenis aluminium bersaiz 19-inci (hadapan) serta 16-inci (belakang).
Perincian lain termasuklah menggunakan tayar bersaiz 100/90 dan 150/80, unit cakera tunggal 320mm dengan angkup dua piston di hadapan sementara di belakang dilengkapi cakera 300mm dengan angkup dua piston.

Untuk rekod, Super Meteor 650 dibekalkan dengan tangki bahan api berkapasiti 15.7 liter.
Beralih pada kuasa, Super Meteor 650 dijana oleh enjin dua silinder selari 650cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan angin atau minyak.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi enam kelajuan di mana ia berupaya menghasilkan 46.4hp pada 7,250rpm dan 52.3Nm pada 5,650rpm.

Super Meteor 650 boleh didapati dalam dua varian berbeza iaitu Super Meteor 650 dan Super Meteor 650 Tourer serta mempunyai tujuh pilihan warna berbeza.
Anda juga boleh mendapatkan aksesori Super Meteor 650 seperti t-shirt Super Meteor, topi keledar, beg serta aksesori.
Sehubungan itu, Royal Enfield turut melancarkan Royal Enfield Studio Store bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.
Royal Enfield Studio Store KK merupakan kedai eksklusif Royal Enfield pertama di buka di Borneo dan merekodkan kedai ke-162 di rantau Asia Pasifik.
- BACA: TEMPAHAN ROYAL ENFIELD SUPER METEOR 650 KINI DIBUKA – BAKAL DILANCARKAN SECARA RASMI SEPTEMBER INI
- BACA: ROYAL ENFIELD HUNTER 350 KINI DI MALAYSIA. VARIAN METRO REBEL DAN DAPPER, BERMULA RM22K SAHAJA!
- BACA: ROYAL ENFIELD HUNTER 350 BAKAL TIBA DI MALAYSIA – 20.2HP/27NM, LEBIH MAMPU MILIK
- BACA: ROYAL ENFIELD BUKA PUSAT 3S BAHARU DI PULAU PINANG