330 PEMENANG KONGSI HADIAH BERNILAI RM240K DALAM PERADUAN JOM BANTU PETRON
Seramai 330 pelanggan bertuah telah membawa pulang hadiah utama yang terdiri daripada wang tunai, baucar barangan runcit dan mata ganjaran Petron Miles bernilai RM240,000 dalam peraduan Jom Bantu anjuran Petron yang berakhir baru-baru ini.
Peraduan yang bermula dari Julai hingga September memberi ganjaran kepada 30 orang pemenang hadiah utama. Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM2,000, baucar barangan runcit RM2,000 dan mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000.
“Terima kasih kepada Petron kerana memberi saya kesempatan untuk menjadi pemenang hadiah utama dalam peraduan Jom Bantu! Saya memilih minyak Petron kerana ia memberikan tambahan kilometer seoanjang perjalanan,” kata salah seorang pemenang pada bulan Julai, Iyon Malek.
Ho Mui Ling, pemenang hadiah utama dari Sabah pada Ogos berkata, “Saya sangat menghargai usaha Petron menganjurkan peraduan yang dapat membantu rakyat untuk menghadapi keadaan yang sukar ini.
“Terima kasih Petron kerana telah memberi saya peluang untuk menjadi pemenang hadiah utama. Saya akan terus menyokong Petron.”
Seorang lagi pemenang hadiah utama turut teruja apabila diberitahu menjadi pemenang hadiah utama Jom Bantu pada September. Rahimah Mamat dari Negeri Sembilan berkata, “Terima kasih Petron atas inisiatif hebat ini. Saya berharap Petron akan terus berkembang pada masa akan datang.”
Selain pemenang utama, 300 lagi ahli kad Petron Miles juga memenangi mata ganjaran Petron Miles bernilai RM300 sebagai hadiah saguhati.
“Petron gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan pelanggan melalui peraduan yang menawarkan banyak hadiah menarik.
“Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berharap dapat membantu menceriakan hari mereka dalam tempoh sukar ini,” jelas Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy.
Peraduan “Jom Bantu” berlangsung selama tiga bulan dari 1 Julai hingga 30 September 2020. Pelanggan memperoleh penyertaan secara automatik melalui setiap pembelian bahan bakar kumulatif RM50 menggunakan Kad Petron Miles mereka.
Pemenang dipilih setiap bulan dan diumumkan melalui laman media sosial Petron Malaysia.