Buletin

5 NEGERI BERALIH KE FASA 2 PPN BERMULA 5 JULAI

Lima buah negeri akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa 5 Julai depan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini, Ismail memberitahu lima negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Peralihan kelima-lima negeri itu ke fasa seterusnya adalah kerana negeri-negeri terbabit berjaya mencapai tiga indikator nilai ambang yang ditentukan iaitu – kes harian COVID-19 bawah 4,000, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) serta liputan vaksinasi dua dos meliputi 10 peratus daripada keseluruhan populasi.

“Dengan ini saya hendak sekali lagi maklumkan bahawa terdapat lima negeri yang telah pun memenuhi tiga indicator dan boleh beralih ke Fasa 2 iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

“Peralihan ke Fasa 2 ini berkuatkuasa pada 5 Julai, 2021 atau Isnin depan,” katanya lagi. Turut sama dalam sidang media berkenaan ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang juga merupakan Menteri Penyelaras PPN. – Astro Awani

Google ads
Back to top button