Artikel Pilihan

5 PIKAP “HAILAK” YANG POPULAR

Trak pikap merupakan antara pilihan kenderaan yang popular bagi menaiktaraf kereta sedan mahupun kenderaan pelbagai guna (MPV) telah yang dimiliki. Maka tidak hairanlah, sebilangan trak pikap pada masa kini mempunyai ciri-ciri keselamatan serta menawarkan keselesaan yang jauh lebih baik sesuai untuk kegunaan sendiri mahupun untuk penggunaan komersil

Trak pikap mampu memuatkan 5 orang dewasa di dalam kabin penumpang sama seperti sedan dan memiliki ruang kargo yang terbuka dengan truck bed serta mampu memuatkan kapasiti kargo jauh lebih besar berbanding kereta sedan, MPV mahupun kenderaan sukan pelbagai guna (SUV)

Trak pikap masa kini dilengkapi dengan aspek keselamatan yang sangat baik dan kebanyakkannya memperolehi penarafan Asean NCAP 5 bintang. Selain dari itu, ciri kemewahan turut diterapkan oleh pengeluar seperti sistem penghawa dingin dual zone, corong hawa dingin di bahagian penumpang belakang, kemasan kulit serta kawalan elektrik bagi mengubah posisi tempat duduk.

Jangan terkejut sekiranya trak pikap masa kini mampu menawarkan Noise, Vibration and Harshness (NVH) yang jauh lebih baik berbanding kereta sedan mahupun MPV. Antara pilihan trak pikap yang popular di Malaysia adalah Toyota Hilux, Nissan Navara, Ford ranger, Mitsubishi Triton serta Isuzu Dmax.

1. Toyota Hilux – Ini adalah trak pikap yang paling popular dalam Malaysia. Bagi golongan yang kurang arif mengenai model kenderaan, sudah pasti kebanyakkan mereka akan menggelarkan semua model trak pikap sebagai ‘Hilux’.

Hilux mempunyai dua jenis varian enjin iaitu 2.4 dan 2.8 liter. Enjin 2.8 liter hanya ditawarkan pada varian tertinggi iaitu Black Edition mampu menghamburkan kuasa 177 PS dan tork sebanyak 450 Nm manakala enjin 2.4 liter mempunyai kuasa sebanyak 150 PS dan tork sebanyak 400 Nm . Hilux menawarkan transmisi 6 kelajuan automatik dan manual (bergantung kepada varian).

Seperti yang diketahui ramai, Toyota Hilux telah dinobat sebagai trak terbaik dunia dan jenama ini sangat sinonim dengan penggunaan lasak. Harga bagi varian tertinggi dengan enjin 2.8 L adalah sekitar RM 140 000. Jangan tak tahu Hilux juga merupakan kenderaan pilihan tentera paramilitan seluruh dunia. Pasangkan dengan unit mesingan kaliber tinggi dan mereka ada sebuah kenderaan yang sesuai untuk misi hit and run.

2. Nissan Navara -Hanya satu jenis enjin sahaja ditawarkan oleh model ini iaitu 2.5 liter namun mempunyai dua jenis kuasa enjin bergantung kepada varian. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh cara talaan yang ditetapkan oleh pihak pengeluar.

Varian tertinggi menawarkan kuasa sebanyak 190 PS dengan 450 Nm Tork dan varian rendah menawarkan kuasa sebanyak 163 PS dengan 403 Nm tork. Navara ditawar dengan 7 kelajuan automatik serta 6 kelajuan manual bergantung kepada varian.

Untuk pengetahuan, Navara merupakan trak pikap yang dilengkapi dengan penyerap hentak jenis ‘multilink’ beserta ‘shock absrober’ di bahagian belakang sama seperti kebanyakkan kenderaan jenis sedan mahupun SUV.

Maka tidak hairanlah ciri pemanduan Navara sangat selesa dan tidak bergoyang pada kelajuan tinggi seperti kebanyakkan trak pikap yang lain. Harga bagi Nissan Navara adalah sekitar RM 129 888 bagi varian VL Plus (varian tertinggi)

3. Ford Ranger – Ford Ranger terbahagi kepada beberapa varian. Varian yang paling popular adalah Ford Ranger Raptor. Varian ini datang dengan enjin 2.0 Bi-Turbo yang mampu mennghasilkan kuasa sebanyak 213 PS dengan tork sebanyak 500 Nm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi 10 kelajuan automatik (Iya, betul ada 10 gear transmisi tuan-tuan) dengan paddleshift yang semestinya manawarkan corak pemanduan yang sporti. Apa yang menarik, sistem suspensi adalah menggunakan jenis ‘coilover shocks’ dibekalkan oleh Fox Racing.

Model ini sangat sesuai untuk kluster kayangan memandangkan harga bagi varian ini adalah bermula RM 208 888 tanpa cukai jalan. Yang pasti, rupa luaran Ranger Raptor cukup menarik perhatian semua golongan masyarakat.

Manakala varian Wildtrak ditawarkan pada harga yang lebih murah iaitu RM 144 888 (tanpa cukai jalan) turut dilengkapi dengan enjin dan transmisi yang sama seperti Raptor, namun perbezaan ketara adalah sistem suspensi belakang bagi varian ini adalah menggunakan suspensi jenis leaf spring.

Ford juga membekalkan kedua dua varian Raptor dan Wildtrak ini dengan adaptive cruise control, sistem parking assist , lane depature warning dan pelbagai ciri keselamatan lain. Kelebihan Ranger ialah dari segi aspek keselamatan dan juga enjin yang berkuasa tinggi

4. Mitsubishi Triton

Mitsubishi hanya menawarkan satu jenis enjin sahaja bagi model Triton ini iaitu 2.4 MIVEC Turbo Diesel yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan Automatik. Enjin ini menghasilkan kuasa sekitar 181 PS dengan 430 Nm tork. Seperti kebanyakkan trak pikap lain, Triton dilengkapi dengan sistem suspensi berjenis spring dedaun atau ‘leaf spring’ di bahagian belakang.

Triton dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti ‘Blind Spot Warning with Lane Change Assist’, ‘Rear Cross Traffic Alert’ dan lain lain lagi maka tidak hairanlah jika Asean NCAP memberi penarafan 5 bintang buat model ini.

Harga ditawarkan bagi varian tertinggi (Triton VGT Adventure X) adalah RM 137 900 tanpa cukai jalan. Triton datang dengan satu ciri menarik dengan sistem 4X4 datang dengan ciri pacuan semua roda AWD yang digabungkan dalam sistem transfer case

5. Isuzu Dmax

Isuzu telah melancarkan enjin baru iaitu 1.9 L dengan tekologi Bluepower yang dilengkapi dengan 6 kelajuan automatik sekaligus menjadikan model ini mempunyai kuasa enjin yang paling rendah dalam kelasnya iaitu hanya sekitar 150 PS dengan 350 Nm tork.

Enjin bersesaran kecil seperti ternyata memberi penjimatan buat pemilik dari segi cukai jalan namun memberi sedikit kekurangan dari segi kuasa enjin. Harga bagi varian enjin 1.9 L adalah RM 115 799 manakala bagi varian enjin 3.0 adalah RM 120 838. Kesemua harga adalah harga tanpa cukai jalan.

Namun jika inginkan lebih kuasa bagi model ini, Isuzu turut menawarkan varian Dmax dengan enjin 3.0 L dengan 5 kelajuan automatik. Enjin ini menawarkan sedikit peningkatan kuasa iaitu sekitar 177 PS dengan 380 Nm tork. Selain dari menjimatkan kos cukai jalan, penggunaan disel D-Max juga amat menjimatkan.

Kesimpulan, apakah model trak pikap terbaik? Soalan yang amat sukar untuk dijawab memandangkan setiap model kenderaan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri

Trak pikap terbaik bagi setiap individu sangat subjektif bergantung kepada bajet, jenis kegunaan, keselesaan serta lain lain faktor. Ada yang terpengaruh dengan jenama ataupun dengan semua ciri-ciri tambahan yang disediakan oleh pebgeluar

Pilihan individu penulis (yang berjiwa kelajuan) sudah semestinya Ford Ranger Raptor dan Nissan Navara memandangkan kedua dua model ini didatangi dengan sistem suspensi belakang yang menggabungkan spring dan penyerap hentak dalam satu unit. Ia menawarkan keselesaan pemanduan sama seperti kereta sedan dan SUV.

Google ads
Back to top button