Buletin

MITSUBISHI DEDAH ENAM MODEL BAHARU YANG BAKAL DILANCARKAN KELAK

Untuk tahun 2023, Mitsubishi sudah pun mempunyai perancangan tersendiri di mana sebanyak enam buah model yang bakal dilancarkan kelak, termasuklah dua model yang telah diperlihatkan sebelum ini, iaitu ASX dan Delica Mini.

Model seterusnya yang akan dilancarkan pada bulan depan ialah Mitsubishi Colt – atau model rebadge Renault Clio 2024 – menampilkan trenkuasa hibrid dan akan dipasang di kilang Bursa, Turki.

Generasi baharu Triton juga dijangka akan muncul tahun ini dan model tersebut telah diperlihatkan menerusi model konsep XRT pada bulan Mac lalu.

Butiran terperinci masih lagi samar-samar, namun ia dikatakan akan berkongsi platform Navara dan muncul di pasaran Thailand terlebih dahulu.

Selain daripada itu, sebuah SUV kompak yang direka untuk pasaran ASEAN juga dijangka tiba menggunakan model konsep XFC, diikuti dengan minivan Xpander berkuasa hibrid.

Google ads
Back to top button