" "
Buletin

500K KENDERAAN TIDAK TERJUAL, PENGELUAR DI INDIA TUTUP KILANG SEMENTARA WAKTU

Para pengeluar kenderaan di India kini berada dalam keadaan cemas kerana stok dan inventori masing-masing kini dilapor kian meningkat berikutan sentimen pasaran yang lemah sejak tujuh bulan lalu. 

Justeru, Suzuki Maruti, Tata, Honda dan Mahindra dikatakan menutup sementara kilang mereka pada Mei dan Jun 2019.

Berdasarkan kepada bancian terkini, terdapat hampir 500,000 unit kenderaan penumpang bernilai AS$5 bilion (RM20.8 bilion) tersadai di kilang serta bilik pameran. 

Segmen motosikal pula menyaksikan 3 juta unit bernilai AS$2.5 bilion (RM10.4 bilion) masih belum terjual. Untuk mengatasi masalah stok yang kian menimbun, pengeluar kereta dan motosikal di India mengambil keputusan untuk menutup kilang buat sementara waktu. 

Maruti Suzuki, Mahindra dan Tata telah menutup kilang mereka bulan lalu. Maruti Suzuki dilapor merancang untuk menutup kilangnya buat kali kedua pada 23 hingga 30 Jun depan.

Manakala Mahindra memberitahu syarikat pengeluarannya, Mahindra Vehicle Manufacturers tidak bekerja selama lima hingga 13 hari pada suku pertama tahun ini. 

Kilang Tata Motor di Sanand pula ditutup mulai 27 Mei higga 3 Jun lalu. Kilang Honda Cars Indis ditutup mulai 5 hingga 8 Jun 2019.

Langkah penutupan kilang fasa kedua turut dilakukan oleh Renault Nissan dan Skoda Auto selama 4 hingga 10 hari sepanjang Jun untuk tujuan penyelenggaraan. 

Penutupan kilang ini akan mengurangkan output industri sebanyak 20 hingga 25 peratus sepanjang tempoh Mei-Jun. Sekali gus mengurangkan tekanan ke atas gudang dan pengedar mereka. 

Perkembangan ini menyebabkan para pengedar terpaksa menanggung kos lebih tinggi berikutan penambahan inventori sehingga 50 peratus lebih tinggi berbanding kadar biasa.

Lebih memeritkan, mereka terpaksa membayar GST ke atas stok yang tidak terjual, seterusnya membuatkan situasi kewangan kian meruncing. 

Google ads
Back to top button