Motosikal

SELEPAS 3 TAHUN DI PERANTAUAN, HAFIZH SYAHRIN BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin, tidak lekang dengan senyuman di majlis rumah terbuka keluarganya di Shah Alam semalam.  

Sambil beramah mesra dengan tetamu yang hadir, Hafizh yang kelihatan segak di dalam persalinan lengkap baju Melayu sempat bergambar bersama sanak-saudara dan rakan-rakan yang berkongsi kegembiraannya.

Sejak tiga tahun lalu, Hafizh menyambut Ramadan dan Syawal di litar lumba serata dunia – samada di sesi latihan mahupun perlumbaan. 

Sebagai pelumba motosikal berkuasa tinggi pertama dari Asia Tenggara yang layak bertanding dalam kategori MotoGP, tanggungjawab itu digalas dengan penuh ikhlas oleh Hafizh. 

Anak muda berusia 25 tahun ini sedar bahawa pengorbanan menyambut bulan Ramadan dan Syawal di perantauan adalah kecil jika dibandingkan dengan impian dan harapan jutaan peminat yang inginkan Hafizh mengecap kejayaan.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Seterusnya menjadi kebanggaan bukan sahaja seluruh rakyat Malaysia, malah di rantau Asia.

Pada awal Ramadan tahun ini,  Red Bull Produk Eropah telah melancarkan kempen My Raya Pledge (Ikrar Rayaku) dengan misi untuk untuk mendapatkan jumlah minimum 1,000 ikrar atau azam Raya dari rakyat Malaysia.  

Jika misi ini tercapai, Red Bull berikrar untuk membawa pulang Hafizh ke tanahair agar dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga terutama ibu bapa dan isteri.

Tuah nampaknya menyebelahi pelumba Red Bull KTM Tech3 ini apabila Red Bull berjaya mengumpul sejumlah lebih 1,200 ikrar. Justeru, persiapan terus dibuat untuk membawa Hafizh pulang berhari raya di Malaysia sebaik sahaja selesai perlumbaan di MotoGP di Itali.

Red Bull Produk Eropah akan meneruskan kempen My Raya Pledge sehingga akhir Jun ini. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia kerana Aidilfitri di negara ini bukan sahaja disambut oleh mereka yang beragama Islam. 

Ikrar terbaik berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat daripada Red Bull dan Touch ‘n Go eWallet sebagai rakan strategik kempen My Raya Pledge.

Pemenang hadiah utama bakal memenangi tajaan sambutan Rumah Terbuka daripada Red Bull. Ia tidak terhad kepada majlis rumah terbuka sahaja, malah majlis sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan gembira kerana dapat pulang menyambut Aidilfitri setelah tiga tahun berjauhan. Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan ikrar mereka, sekali gus merealisasikan impian saya. 

“Kepada yang belum lagi mengambil bahagian, lekas merebut peluang yang diberikan oleh Red Bull ini!” kata Hafizh yang akan berangkat ke Catalunya, Sepanyol keesokan harinya untuk meneruskan perjuangan mengharumkan nama negara.

Maklumat lanjut tentang kempen My Raya Pledge, sila layari laman web: www.redbull.my/myrayapledge

Tags
Google ads
Back to top button