Buletin

TAMPAL PELEKAT WAJAH OSAMA BIN LADEN – HONDA ACCORD DISITA, PEMILIK DISOAL SIASAT DI KERALA, INDIA

Menampal pelekat pada kenderaan bukanlah sesuatu yang asing. Tetapi, sama ada kita sedar atau tidak pelekat yang ditampal itu kadang-kala boleh menjadi indikator kepada minat atau kecenderungan seseorang terhadap sesuatu perkara. 

Mungkin atas alasan itu, pihak berkuasa di Kerala, India telah menyita sebuah Honda Accord dan menahan pemiliknya untuk disoal siasat kerana menampal wajah ketua pengganas yang sebelum ini sangat dikehendaki, Osama bin Laden. 

Tangkapan itu dibuat selepas seorang membuat satu hantaran di media sosial. Situasi itu diburukkan lagi dengan serangan maut yang berlaku di Sri Lanka baru-baru ini. Jadi, selepas mengumpul maklumat, pasukan polis Kerala berjaya mengesan dan menahan pemandunya.

Dia pantas menjadi suspek kerana wujud laporan risikan tentang kemungkinan berlakunya serangan di kawasan selatan India. Satu lagi perkara yang membuatkan kereta itu lebih mencurigakan ialah ia didaftarkan di Bengal Baat dan bukannya Kerala. 

Selepas disoal siasat, pemandu itu kemudiannya dilepaskan dengan jaminan kerana kereta tersebut dipercayai disewa untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. 

Siasatan lanjut mendapati pemilik sebenar Honda Accord itu tinggal di Pallimukku. Apabila disoal, dia membertahu kereta itu dibeli di Bengal Barat tahun lalu. Memandangkan urusan pendaftaran masih belum siap sepenuhnya, kereta itu tidak selalu dipandu. Dia juga mengaku menampal pelekat wajah Osama di keretanya. 

Tidak mahu ambil ringan dengan kes ini, polis dan agensi risikan dilapor akan melakukan siasatan lanjut. Ini bagi memastikan tiada siapa yang terlibat dalam mana-mana serangan pengganas. 

Jadi, berpada-pada lah kalau nak tampal stiker pun. Disebabkan oleh satu stiker, tidak padan dengan kesusahan yang terpaksa diterima.

kredit foto: rushlane.com

Google ads
Back to top button