Motosikal

MOTOSIKAL KLASIK JAWA, JAWA FORTY TWO DAN PERAK DILANCARKAN DI INDIA – TIADA KENA MENGENA DENGAN INDONESIA

Walaupun namanya Jawa Motocycle, tetapi ia tiada kena mengena dengan orang atau Kepulauan Jawa di Indonesia.

Sebaliknya, Jawa Motorcycle ialah jenama motosikal yang berasal dari Czech dan dijual di pasaran India sejak tahun 1961 sebelum operasinya ditutup pada tahun 1996.

Kini ia diperkenalkan kembali selepas 22 tahun apabila salah sebuah konglomerat automotif terbesar di India, Mahindra and Mahindra membeli lesen untuk menghasil dan menjual motosikal tersebut dua tahun lalu.

Sebagai permulaan, anak syarikat Mahindra, Classics Legends Private Limited  melancarkan tiga model iaitu Jawa, Jawa Forty Two dan Perak. Menurut syarikat tersebut, model Jawa dan Jawa Forty Two boleh dibeli mulai awal tahun depan. Manakala Perak akan menyusul tidak lama kemudian.

Jawa ditawarkan pada harga Rs1.64 lakh (RM9,564) seunit dan Jawa Forty Two berharga Rs1.55 lakh (RM9,022). Manakala Perak yang merupakan motosikal custom dari kilang pula berharga Rs1.89 lakh (RM11,000). 

Dengan harga segmen pertengahan dan rekaan klasik itu, ia pastinya akan menjadi pesaing sengit kepada model keluaran Royal Enfield dan Bajaj yang sudah menguasai pasaran sejak sekian lama.

Dua model menggunakan enjin selinder tunggal bersesaran 300cc yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 27bhp dan tork 28Nm. Perak pula dipasang dengan enjin 334cc berkuasa 30bhp.

Kedua-dua enjin itu mematuhi piawaian emisi India, BS-VI dah dikatakanya meniru bunyi asal jentera Jawa.

Jawa dan Jawa Forty Two menggunakan khidmat brek ABS di hadapan dan jenis gelendong di belakang. Sementara Perak dipasang brek cakerea dengan ABS pada kedua-dua rodanya. 

Pengenalan Jawa Motorcycle merupakan usaha pertama Mahindra menghidupkan semula motosikal klasik. Selain Jawa Motorcycle, Classics Legends juga memiliki hak ke atas jenama motosikal klasik dari Britain, BSA Company di peringkat global.

Google ads
Back to top button