Motosikal

EICMA 2016 : VESPA ELETTRICA, SKUTER ELEKTRIK PRODUKSI 2017

Sebagai menghargai hak penganjuran sebagai tuan rumah pameran motosikal antarabangsa EICMA di Milan Itali, kumpulan Piaggio turut mempersembahkan beberapa teknologi dan persembahan menarik.

Antara yang mendapat perhatian ialah Vespa Elettrica – skuter berkuasa elektrik sepenuhnya. Selain daripada motosikal produksi penuh Ducati 1299 Superleggera, Yamaha R6 versi perlumbaan dan Kawasaki Versys X300 paling kecil, Vespa menarik sebahagian besar pengunjung yang cuba melihat mobiliti 2 roda dari sudut berbeza

Ini adalah masa depan mobiliti kenderaan 2 roda. Tidak dapat tidak, teknologi moden memang akan beralih dari bahanapi fosil kepada bahan tanpa pencemaran. Jerman pun secara tegas telah mencadangkan enjin tanpa pembakaran langsung menjelang tahun 2030

JERMAN HARAMKAN KERETA PETROL DISEL PADA 2030

SEPARUH JUALAN KERETA DI NORWAY ADALAH ELEKTRIK

Ironiknya, ini bukanlah skuter pertama mereka yang dikuasakan oleh motor elektrik. Balik ke tahun 1970-an, Vespa pernah menghasilkan skuter elektrik, namun disebabkan halangan teknologi, ia tidak dapat dikomersialkan sepenuhnya.

01-vespa-elettrica

Menurut Piaggio, sekiranya semua perancangan mengikut jadual, Vespa Elettrica akan berada di pusat jualan mereka pada pertengahan 2017. Sewaktu sesi prebiu di pameran EICMA ini, tiada sebarang spesifikasi dan harga didedahkan.

KENAPA VESPA SEBUAH SKUTER YANG ISTIMEWA?

PERHIMPUNAN TERBESAR VESPA 17HB DI KL

Mazda CX30

Untuk rekod, kumpulan Piaggio merupakan pengeluar motosikal terbesar Eropah dengan penguasaan 15.5 peratus pasaran di sana. Jualan keseluruhan jenama di bawah Piaggio yang terdiri dari Vespa, Aprillia, Motoguzzi, Derbi dan Gilera lebih 400,000 unit dari Januari lalu.

 

 

Tags
Google ads
Back to top button