Artikel Pilihan

7 FAKTA SALAH TENTANG ENJIN HIBRID DAN KERETA BERKUASA ELEKTRIK

Jika sebelum ini kereta-kereta yang dijual cuma ditawarkan dengan enjin petrol ataupun disel, kemajuan dunia automotif telah berkembang pesat dengan pengenalan kereta-kereta dengan kuasa alternatif. Kini kita mempunyai pilihan kereta elektrik sepenuhnya, hibrid elektrik dan petrol, hibrid plug-in dan juga kenderaan dengan sel bahan api seperti Toyota Mirai.

Ada yang boleh didapati di Malaysia dan ada yang tidak. Buat masa kini antara kereta elektrik sepenuhnya yang paling efisien ialah Tesla Model S selain daripada Toyota Prius generasi keempat. (Prius baru sudah lari dari imej kereta para ibu seperti Prius terdahulu).

Walaupun sumber kuasa alternatif untuk kenderaaan sudah semakin banyak dan bertambah baik, ternyata masih ramai yang kurang mempercayainya dan lebih gemar membeli model-model tradisional dengan enjin petrol dan juga disel.

BACA-KENAPA SISTEM PENGENDALIAN SANGAT PENTING?

BACA-TIPS BERGUNA SEBELUM MEMBELI KERETA TERPAKAI

Berdasarkan buku yang ditulis oleh seorang wartawan automotif veteran, Jacques Duval, beliau menyatakan terhadap beberapa salah faham tentang konsep bahan api alternatif yang menyebabkan para pengguna tidak berani menggunakan kenderaan elektrik sepenuhnya seperti Tesla ataupun hibrid plug-in seperti Chevy Volt.

Ini ialah antara sebab-sebabnya:

Mitos 1: Kereta elektrik memerlukan kos yang tinggi

Sebenarnya bukan semua kereta elektrik mempunyai harga yang premium. Ada yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan layak mendapat potongan rebet daripada kerajaan (berpatutan bukan bermaksud murah, jangan salah faham).

Bagaimanapun menurut Duval, perbezaan harga antara kereta elektrik dan tradisional sebenarnya semakin mengecil. Ini bermaksud harga kereta elektrik semakin menurun dan harga model-model berkuasa petrol semakin naik. Dalam jangka masa terdekat beliau meramalkan harga keduanya akan menjadi sama rata.

Mitos 2: Bateri kereta elektrik dan hibrid cuma tahan 2 hingga 3 tahun

Duval menyatakan yang ini adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Bateri yang dilengkapkan pada kereta elektrik ataupun hibrid direka agar tahan cukup lama bahkan hampir menyamai usia kereta itu sendiri.

Buktinya, anda boleh bertanya kepada pemandu-pemandu teksi di Eropah yang menggunakan Toyota Prius sebagai teksi dan anda akan tahu jawapannya.

Mitos 3: Hanya sesuai pada musim panas dan di dalam bandar

Memang diakui kereta elektrik akan sedikit terjejas sewaktu musim salji (suhu yang sejuk akan menjejaskan kapasiti bateri), tetapi Duval menyatakan ia masih pilihan yang baik untuk mereka yang tinggal di tempat-tempat sejuk.

Ini kerana kenderaan elektrik lebih cekap tenaga berbanding dengan kenderaan berkuasa petrol. Kereta elektrik boleh dihidupkan dengan mudah dalam musim salji kerana motor elektrik mempunyai komponen yang lebih ringkas berbanding enjin biasa dan tidak memerlukan pelinciran yang kompleks. Ini bermakna kurangnya geseran dihasilkan, dan kurang geseran bermaksud tidak ada kuasa yang akan terbuang.

Mitos 4: Jarak pemanduan kurang 100 km.

Kemajuan dalam teknologi bateri kini memungkinkan kereta elektrik bergerak dengana lebih jauh. Memang ada model-model tertentu yang cuma boleh bergerak sejauh 130 kilometer seperti NIssan Leaf tetapi jarak perjalanan semakin bertambah seiring dengan pembangunan teknologi bateri semasa.

Banyak model-model baharu dihasilkan dan mampu bergerak sejauh 150, 200 malah 300 kilometer dalam keadaan pemanduan yang pelbagai.

Mitos 5: Kitar semula bateri lithium Ion mencemarkan alam sekitar

Sudah tentu ini tidak benar kerana motor elektrik tidak menghasilkan gas-gas buangan sepertimana enjin petrol ataupun disel. Ia tidak melibatkan pembakaran dalaman yang sememangnya mencemarkan alam sekitar.

Jika komponen bateri diambil kira, ia sebenarnya bukan satu masalah kerana ia digunakan dalam keadaan terkawal dan mematuhi piawaian keselamatan yang tinggi. Malah untuk melupuskan bateri yang terpakai juga perlu mengambil kira prosedur keselamatan alam sekitar yang telah ditetapkan.

Mitos 6: Prestasi lembap

Ramai pengguna menyangkakan kereta elektrik seperti kereta kart di padang golf yang bersaiz besar. Tidak mempunyai kuasa pecutan sehebat kenderaan dengan enjin berkuasa petrol. Kini tidak lagi sejak Tesla menghasilkan P90D lengkap dengan Insane Mode, ia kini mempunyai kuasa pecutan yang melebihi kereta-kereta eksotik dengan harga yang berkali ganda lebih mahal.

Mitos 7: Tidak sesuai untuk kegunaan keluarga

Duval memetik wawancara beliau dengan Elvira Toffa Juteau, seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya, mempunyai tiga anak dan pemilik sebuah Chevy Volt. Beliau memberitahu Duval yang beliau sudah lupa bila kali terakhir beliau pergi mengisi petrol. Volt kepunyaan beliau cukup besar untuk kegunaan keluarga, sebagai ibu dan sebagai seorang usahawan.

toyota-prius-2016-mekanika (6)

Ternyata tidak ada sebab untuk kita menolak teknologi yang diperkenalkan kepada kita. Mungkin sekarang akses kita gak terbatas namun satu hari nanti tidak mustahil kita juga tidak perlu lagi pergi ke stesen-stesen minyak untuk mengisi petrol.

 

melalui

The Globe And Mail

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button