Buletin

MAZDA MULAKAN PRODUKSI MX-5 MIATA RF

Mazda Motor Corporation mengumumkan bahawa ia sudahpun memulakan produksi model Mazda MX-5 Miata RF dengan bumbung hard top yang boleh dilipat.

Dikenali sebagai  Roadster RF di pasaran Jepun, jentera tersebut akan dipasang di Ujina Plant No. 1 yang terletak berhampiran dengan ibu pejabat Mazda di Hiroshima, Jepun.

Mazda-MX-5-RF-2017-start-production-mekanika (1)

Produksi dimulakan dengan model untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah. Jualannya dijangka bermula awal tahun depan. Di Jepun, Roadster RF akan menemui peminatnya pada akhir tahun ini.

Sebagai sebuah model tambahan dalam keluarga MX-5, MX-5 RF meneruskan DNA utamanya iaitu “Lots of Fun” yang bertanggungjawab membentuk sejarah MX-5 selama 27 tahun.

Mazda-MX-5-RF-2017-start-production-mekanika (4)

Kereta sports dua pintu ini menampilkan reka bentuk fastback yang unik dan menawarkan pengalaman memandu mengujakan sebaik sahaja bumbungnya diturunkan.

Pada 22 April lalu, MX-5 produksi MX-5 mencecah satu juta unit. Model ini sememangnya digemari ramai, apabila menerima lebih 280 anugerah di seluruh dunia. Ini termasuklah menjadi kenderaan pertama yang diberi pengiktirafan World Car of the Year dan World Car Design of the Year pada acara New York International Auto Show 2016.

Mazda-MX-5-RF-2017-start-production-mekanika (5)

MX-5 RF ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 1.5 dan 2.0 liter SKYACTIV-G. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual SKYACTIV-MT atau automatik enam kelajuan.

Google ads
Back to top button