Buletin

PEMILIK PERTAMA NISSAN LEAF TERIMA KUNCI

Menerima kereta baharu memang menyeronokkan. Tetapi menjadi yang pertama di Malaysia menerima model terkini benar-benar sesuatu yang istimewa.

SONY DSC

Susulan daripada pelancaran kereta 100% elektrik Nissan LEAF pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS’13) baru-baru ini, pemilik bertuah Nissan LEAF menerima kunci kereta daripadaΒ  Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Pemilik pertama Nissan LEAF di Malaysia ini, walau bagaimanapun, agak pemalu dan tidak mahu dikenali. Maka salah seorang pekerja Peter Mun dan isterinya mewakili pasangan tersebut pada majlis penyerahan kunci yang diadakan di bilik pameran Nissan di Petaling Jaya, baru-baru ini.Β Dia kemudian diberi penerangan terperinci tentang bagaimana untuk mengendalikan LEAF oleh wakil ETCM sebelum memandu pulang.

01 1st LEAF Owner Key handover

β€œSaya akan memastikan kakitangan saya untuk menggunakan LEAF sebagai kereta syarikat kerana ia pasti menjimatkan kos, tidak perlu berhenti untuk mengisi minyak dan tidak perlu lagi bimbang terhadap kenaikan harga bahan api. Isteri saya tidak sabar mahu memandu kereta ini untuk ke tempat kerja dan membeli-belah. Saya rasa sangat gembira mengetahui bahawa kami telah melakukan sesuatu untuk menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih baik,” kata Peter.

ETCM juga menyerahkan kunci kepada pemilik kedua LEAF pada minggu yang sama. Atas sebab-sebab keselamatan, dia juga enggan mendedahkan identitinya.

07 Nissan LEAF_Charging Port

Sebelum penyerahan kereta kepada pelanggan pertama, ETCM memasang dua unit pengecas. Satu di garaj kediaman dan satu lagi di kawasan pejabat pemiliknya. Pembelian Nissan LEAF didatangkan dengan satu unit pengecas EV yang akan dipasang oleh ETCM tanpa kos tambahan di lokasi pilihan pemilik.

Menyedari kepentingan memiliki infrastruktur pengecas EV, ETCM dengan kerjasama syarikat First Energy Networks (FEN), telah pun memasang stesen pengecas EV di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru sebagai kemudahan tambahan bagi pemilik LEAF.

06 Nissan LEAF_front

Pada masa ini, terdapat 15 stesen pengecas awam dan pemilik EV boleh menggunakannya secara percuma buat masa sekarang. Lebih banyak stesen pengecas EV akan dipasang pada masa hadapan bagi meluaskan lagi rangkaiannya. Nissan LEAF didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu putih, biru, perak, kelabu dan hitam. Ia ditawarkan pada harga RM168,800 (di atas jalan). .Β 

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Nissan LEAF dan model-model Nissan yang lain di laman web: www.nissan.com.my atau dengan mengunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button