Buletin

ACER LANCAR PREDATOR HELIOS 700. POWERGEM, BERMULA RM12,999 SEUNIT

Predator Helios 700 versi baharu yang diumumkan semasa sidang media global [email protected] pada Jun 2020 kini dibuka untuk pra-tempahan khas di Malaysia. Harga bermula RM12,999 bergantung pada spesifikasi.

Predator Helios 700 menampilkan papan kekunci ikonik sliding HyperDrift dan dilengkapi overclockable Intel Core i9-10980HK Generasi ke-10 atau pemproses i7-10875H dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER atau RTX 2070 SUPER.

Bagi memastikan jentera permainan ekstrem ini berada pada prestasi terbaik, Acer menyediakan penyelesaian termal baharu bagi menpertingkatkan keupayaannya yang dikenali sebagai Predator PowerGem.

Kebiasaannya, Predator PowerGem disediakan dalam model yang mempunyai pemprosesan Intel Core i9.

PowerGem idalah termal interface material (TIM) khas yang direka dengan kecekapan tinggi dalam pengaliran haba, menghasilkan konduksi haba menegak 3.83 kali lebih tinggi daripada tembaga.

PowerGem ditambah pada lima paip haba tembaga yang sedia ada, Acer CoolBoost Technology, ruang wap dan dua kipas 3D Gen AeroBlade keempat milik Acer yang disertakan bersama Predator Helios 700. Secara keseluruhan, prestasi CPU akan dimanfaatkan daripada teknologi Acer baharu ini.

Dengan paparan 17.3 inci 144 Hz FHD IPS dengan teknologi NVIDIA G-SYNCÆ, Predator Helios 700 memboleh para pemain untuk memulakan komputer riba terus ke tahap prestasi yang lebih tinggi bagi mendapat pengalaman permainan video yang lancar.

Didatangkan dengan dua port Thunderbolt 3, Predator Helios 700 mampu dilengkapi dengan memori 2933 Hz bersaiz 64GB dan sehingga dua PCIe NVMe Solid State Drives.

Ini bagi memastikan kepantasan, ditambah dengan Killer DoubleShot Pro terbaharu memastikan aplikasi yang memerlukan kelajuan dapat keutamaan jalur lebar.

Pencahayaan RGB mengikut kekunci dan papan kekunci anti-ghosting dalam Predator Helios 700 kini dinaik taraf dengan suis mekanikal MagTek untuk kekunci WASD. Sementara satu set baharu kekunci perlumbaan pula menawarkan ketepatan yang lebih tinggi.

Para pemain boleh memilih kekunci yang terbaik untuk mereka dengan menukar standard kekunci WASD kepada MagForce atau kekunci perlumbaan.

Dengan kelengkungan 1.5mm papan kekunci yang dibina untuk permainan perlumbaan, ia membolehkan pemain membuat pergerakan yang lebih halus dan terkawal dalam permainan.

Pemain juga boleh menyesuaikan titik pencahayaan dan titik pengaktifan melalui aplikasi Predator Sense atau dengan menekan kekunci P3.

Google ads
Back to top button