,
Peranti

ACER MALAYSIA LANCAR ASPIRE 3 & 5, MONITOR MUDAH ALIH SEMPENA ACARA ACER DAY 2019

Sambutan Acer Day yang bertemakan “Freedom to Play” dimeriahkan lagi dengan pelancaran siri Aspire baharu, serta pengenalan satu monitor mudah alih untuk meningkatkan lagi hiburan tanpa had.  

“Acer Day diperkenalkan pada tahun 2017 sebagai satu hari khas yang meraikan pencapaian jenama ini bersama-sama pelanggan dengan menawarkan banyak tawaran menarik, ganjaran hebat dan hadiah melibatkan seluruh rangkaian produk Acer.

“Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, kami turut memperkenalkan peranti baharu ke dalam siri Aspire dan satu monitor mudah alih inovatif yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja bagi tujuan pembentangan serta perkongsian pada bila-bila masa,” kata Pengarah Produk dan Perniagaan Pengguna Acer Malaysia, Johnson Seet.

Acer Aspire Series (2019)

Acer Aspire 3 dan 5 baharu kini hadir dengan prestasi lebih baik menerusi kad grafik NVIDIA® GeForce® MX230 dan MX250 bersama 2GB VRAM serta pemproses sehingga Intel® Core™ i7.

Ia membolehkan pengguna menggunakannya setiap hari di mana sahaja mereka pergi. Bagi melengkapkan lagi pengalaman perkomputeran, Acer Aspire 3 dan 5 didatangkan dengan 256GB PCIe NVMe SSD dan 4GB DDR4 RAM yang pantas serta boleh dinaik taraf sehingga 20GB dan 32GB.

Acer Aspire 5 yang kini lebih kecil dilengkapi paparan IPS FHD bersaiz 14c inci bersama bezel nipis untuk paparan imej lebih mengagumkan.

Ia hadir dengan penutup atas aluminium untuk tampil premium bersama chasis yang sangat ringan dan nipis. Hanya seberat 1.45kg, Acer Aspire 5 sudah boleh didapati mulai sekarang dengan pemproses Intel® Core™ i7 pada harga RM3,099 seunit.

Pada masa sama, Acer Malaysia juga mengumumkan bahawa varian Acer Aspire 5 dengan pemproses Intel® Core™ i5 boleh didapati dalam warna perak, biru dan hitam mulai akhir Ogos 2019. Harga varian ini akan diumumkan sebaik sahaja penghantarannya tiba di Malaysia.

Sementara Acer Aspire 3 yang hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci dijual pada harga bermula RM2,399 seunit dalam warna hitam (obsidian black), biru (indigo blue) dan merah (rococo red).

Monitor Mudah Alih Acer PM161Q

Memaksimumkan prestasi dengan skrin kedua kini lebih mudah menerusi monitor mudah alih Acer PM161Q yang ultra ringan dan nipis. Dengan profail sisi hanya 2cm, ia boleh disimpan dengan mudah ke dalam beg komputer riba.

Monitor mudah alih Acer PM161Q hadir dengan paparan IPS FHD bersaiz 15.6 inci bersama resolusi 1920 x 1080 dan menawarkan sudut pandangan sehingga 170°.

Ini boleh meajadi satu penyelesaian luar biasa untuk mereka yang mahukan skrin kedua bagi tujuan kerja, belajar dan pembentangan kerana ia hanya memerlukan USB Type-C untuk disambungkan kepada komputer riba, tablet atau telefon pintar.

Acer PM161Q yang didatangkan sekali dengan satu poket perlindungan dan jaminan di lokasi selama tiga tahun itu ditawarkan pada harga RM599.

Semua peranti baharu yang diperkenalkan sudah boleh dibeli di stor dalam talian rasmi dan pengedar sah Acer di seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Acer Malaysia atay hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9.00am-6.00pm, Isnin hingga Jumaat).  

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button