,
Peranti

SERTAI ACER DAY “FEEL THE VIBE”, MENANGI HADIAH BERNILAI RM500K!

Biarpun Acer Day disambut secara dalam talian pada tahun ini, Acer bagaimanapun tetap  mengekalkan beberapa promosi menarik, hadiah percuma, dan keseronokan.

Beberapa aktiviti akan diadakan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai sambutan dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti komputer riba bernilai RM13,499.

Hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM500,000 tersedia bagi pelanggan yang membeli produk-produk Acer terpilih dari 1 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020.

Tahun 2020 menandakan edisi keempat Acer Day. Justeru, Acer Malaysia mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai sambutan ini bersama-sama di dalam talian yang bertemakan “Feel the Vibe”.

“Kami percaya acara dalam talian juga tidak akan kurang seronok dan meriahnya. Selain permainan dan hadiah, kami menganjurkan Super Brand Day selama 3 hari di Shopee dari 2 hingga 4 Ogos 2020.

“Dianjurkan hanya untuk tempoh istimewa ini, terdapat promosi Massive Deal di mana potongan harga sehingga 83% dan baucar Shopee sehingga RM200 ditawarkan,” kata Pengarah Urusan Pelanggan, Pemasaran dan Produk Acer Malaysia, Johnson Seet.

Acara Acer Day akan diadakan di Facebook Acer Malaysia pada 2 Ogos 2020 pukul 3 petang. Untuk menambahkan lagi keriangan, Acer menyediakan persembahan daripada Linora, Pong Pong dan Cikidot, di samping acara tumpuan ramai iaitu sesi cabutan bertuah.

Tersedia untuk para pelanggan adalah hadiah-hadiah bernilai lebih RM22,000 termasuklah Predator Helios 300 (PH315-52-59CY) dan sebuah Predator Triton 700 (PT715-51-74MY). Bagi menyerikan lagi acara Acer Day ini, sesi Acer Bid & Shop akan diadakan bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Dignity for Children Foundation.

Bermula dari 1 Ogos 2020 hingga 30 September 2020, para pelanggan yang membeli model-model Acer terpilih dari kedai dalam talian atau fizikal akan diberikan ganjaran penyertaan “Buy and Win Lucky Draw” dan hadiah tambahan berjumlah sehingga RM500,000.

Para pelanggan hanya perlu hantarkan resit ke laman web www.a-redemption.com untuk menebus hadiah. Jangan lupa untuk mendaftar dan menyertai “Buy and Win Lucky Draw” yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM26,000.

Antara hadiah yang boleh dimenangi ialah komputer riba permainan video Predator, Acer Swift 7, monitor dan alat dengar permainan video.

Pemenang bertuah akan dipilih dalam siaran langsung di Acer Malaysia Facebook, selain turut disiarkan di Facebook MasterRamen, ChuChu Gaming, Spartanker serta Alicia Tan pada Ogos dan September.

Antara aktiviti yang tersedia untuk semua perserta:

  • Battle of the Series: Acer Day “Feel the Vibe” bermula dengan acara Battle of the Series pada 22 Julai 2020 yang membolehkan rakyat Malaysia mengundi pakej promosi kegemaran mereka di Acer Malaysia Facebook. Promosi yang mendapat undian tertinggi akan disedia adakan secara ‘Limited-Time Offer’ di Kedai Shopee Rasmi Acer https://shopee.com.my/acer_os_my pada 3 Ogos 2020.
  • 5 Days Check-in Gam: Membolehkan peminat Acer menebus hadiah eksklusif Acer Day dengan hanya menyertai tugasan harian di www.a-redemption.com bermula 29 Julai 2020. Tiada pembelian diperlukan untuk penyertaan atau memenangi hadiah.
  • Cabaran #FeeltheVibeWithAcer: Peserta hanya perlu memuat naik video pendek di Facebook atau Instagram yang memaparkan peserta menari mengikut irama lagu “Feel The Vibe”, letakkan hashtag #FeeltheVibeWithAcer dan tag @AcerMalaysia di Facebook atau @my_acer di Instagram untuk berpeluang memenangi hadiah utama, ConceptD 3 Pro dan wang tunai bernilai RM1,000. Lagu boleh didapati di TikTok bermula 2 Ogos 2020. Tiada pembelian diperlukan untuk menyertai cabaran ini yang berlangsung dari 2 Ogos hingga 30 Ogos 2020. 
  • Massive Deal: Potongan harga sehingga 83% pada 12 tengah malam 3 Ogos 2020 akan berlangsung di Shopee Shocking Sale untuk barangan terpilih seperti Predator Gaming Chair* (dari harga runcit RM1,999 ke hanya RM340!) dan papan kekunci Predator Aethon 300 (daripada RM399  kepada RM68). Satu produk lagi ialah monitor EB192Q B yang hanya berharga RM44.03 semasa Massive Deal. Stok adalah terhad.
  • Hadiah Hari Jadi Ogos: Istimewa kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet kepada pelanggan yang dilahirkan pada bulan kemerdekaan yang membuat pembelian lebih RM1,800.

Hah, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini!

Tags
Google ads
Back to top button