Buletin

ADAKAH BEGINI RUPANYA MODEL GANTIAN HONDA JAZZ 2019?

Dalam tak sedar, Honda Jazz yang sedang dijual di pasaran sekarang sudah menghampiri jangkahayat akhir pengeluarannya. Sepertimana model-model global Jepun yang lain, ia akan digantikan selepas berada lima tahun dalam pasaran.

Praktis biasa bagi syarikat pengeluar mainstream seperti Honda (dan Toyota) adalah kitaran satu generasi bagi setiap lima hingga tujuh tahun. Lima tahun lazimnya untuk model-model sukses yang banyak saingannya, sementara pengeluaran sehingga tujuh tahun adalah model yang kurang saingan dan bukan dalam barisan segmen sengit.

Model pengeluaran biasa ini lazimnya pada tiga tahun pertama adalah model “All New” (FMC-Full Model Change) dan dua tahun berikutnya adalah model MMC (Minor Model Change)

Dan Honda Jazz generasi ketiga ini sudah masuk tahun ke lima tahun hadapan, bermakna, ia menghampiri model gantian yang sepatutnya akan menemui pasaran pada 2019.

Rakan kami di Thailand berkongsi foto ini yang dipercayai daripada majalah permotoran Jepun.

Jika ia adalah imej intipan yang sahih, kami boleh andaikan ia bakal menerima kutukan yang bukan sedikit dari peminat Honda. Ia tak kena langsung dengan proposisi badan dan yang penting imej Jazz itu sendiri.

Struktur keseluruhan badannya masih bersegi, tetapi dengan lampu begitu, tentunya tidak kena langsung, hatta dari mata seorang tukang masak sekalipun.

Ingat Suzuki Alto? Ya. lebih kurang macam tulah.

Sudah ada tiga generasi Jazz di pasaran. Model pertamanya, GD diperkenalkan paling lama di pasaran bermula 2001 hingga 2008 dan kami rasa, ia adalah model paling kemas pernah dibina.

Kemudian, model generasi kedua, GE kembali kepada tradisi pengeluar Jepun iaitu pusingan lima tahun. dari 2009 hingga 2013 dengan rekaan lebih tajam. Ia mungkin Jazz paling cantik dalam tiga generasi keluarannya. Cuma handle pintu dia sahaja yang tak boleh blah. serupa handle peti sejuk

Menurut beberapa sumber, model generasi keempat ini akan dikuasakan enjin 1.0 turbo dan pilihan enjin 1.5 hybrid i-VTEC i-MMD.

Enjin 1.0 turbo ialah enjin sedia ada yang digunakan pada model CIvic keluaran Eropah dan juga China. Ia merupakan enjin tiga selinder, DOHC Earth Dream dengan sebuah pendesak turbo kecil dengan sejukan intercooler yang menghasilkan 129HP dan 173Nm tork pada 4500RPM, ia bukanlah enjin yang pekak sangat walaupun hanya tiga selinder. Malah antara yang berkuasa kalau dibandingkan dalam kelas enjin 4 selinder N/A berkapasiti 1800cc-2000cc.

Tapi. Berbalik pada rekabentuk baru ni.

Kami berharap, ia cuma lakaran awal yang belum masuk peringkat konsep atau prototaip.

Harap-harapnya begitulah…

Google ads
Back to top button