Buletin

HONDA FORZA 250 DILANCARKAN DI INDONESIA RM21,100.

Pada pameran Indonesia Motorshow (IMOS) hari ini, Honda Indonesia telah melancarkan Forza 250 secara rasmi dengan harga RP76.5 juta rupiah.

Semenjak dibuka untuk tempahan beberapa bulan lepas, Forza sudah mencatat hampir 1,000 tempahan setakat ini, cukup positif bagi sebuah model baru sub 250cc di negara Garuda tersebut.

BACA: YAMAHA XMAX250CC KINI DI PASARAN RM22.5K. INI PENCABAR MODENAS ELEGAN DAN SYM EVO

Jelasnya, ia adalah model yang bersaing terus dengan Yamaha Xmax.

Forza 250 dipasangkan dengan enjin selinder tunggal, empat lejang yang mampu menghasilkan 22.8 hp pada 7,500 rpm. Walaupun ia mempunyai perbezaan 31 cc berbanding Forza 300 hakikatnya perbezaan angka kuasa cumalah 2 hp sahaja.

Lebih menarik, model 250 ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan model 300cc antaranya ialah Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang merupakan saingan kepada ciri Traction Control yang dilengkapkan pada XMAX 250.

Selain daripada itu ia turut dilengkapi dengan lampu-lampu LED sepenuhnya, ruang bagasi yang luas, soket pengecas, sistem bebas kunci (keyless) dan alkhir sekali sistem cermin pelindung boleh laras elektronik (yang tidak ditawarkan pada XMAX).

Adakah ini pencabar XMAX di Malaysia?

Sudah tentu.

Segmen skuter maxi akhir-akhir ini kian meriah dengan kemasukan pemain dari Jepun. Dalam pasaran sekarang ada Yamaha Xmax 250 dan Kawasaki J300. Sementara pemain lain ialah Modenas Elegan, Cruisym 250i dan Kymco Downtown 250i.

Jika di Indonesia Forza dijual pada harga RM21,100, kami juga mengharapkan harganya tidak jauh berbeza apabila diperkenalkan di Malaysia kelak.

Sebagai perbandingan, harga Forza 250 di Jepun ialah RM24,500.

GALERI

Google ads
Back to top button