NISSAN GT-R x G-SHOCK DW-6900 – TAK MAHAL, ORI RM680 SAHAJA
Jenama jam terkemuka dari Jepun, G-Shock baru-baru ini menjalin kerjasama dengan Nissan untuk menghasilkan jam tangan dengan tema GT-R.
Menggunakan jam G-SHOCK DW-6900, ia dibina berdasarkan kepada model Nissan R35 GT-R. Dikenali Nissan GT-R x G-SHOCK DW-6900, jam tangan tersebut menampilkan skim warna Godzilla iaitu hitam dan merah.
Pemilknya dihidang dengan subdial digital pelbagai warna. Selain logo GT-R pada bahagian paparan jam, band dan belakang jam. Semua ciri biasa pada G-Shock iaitu tahan gegar, paparan 12/24 jam, kalendar automatik penuh dan lampu latar EL.
Sementara bekas tin pula hadir bersama insignia GT-R untuk melengkapkan lagi jam edisi terhad ini.
Nissan GT-R x G-SHOCK DW-6900 ditawarkan pada harga ¥18,360 (RM680) seutas di kedai dalam talian Nissan.
OK ke tak ni?