
ADEGAN PERLUMBAAN TERBAIK, TANPA MYVI
Kami pun tengah pening kepala, kawalan pergerakan telah ditambah selama 2 minggu lagi. 2 hari lepas penulis baru sahaja selesai mencari kutu kucing yang ada di rumah. Jadi hari ini penulis berkesempatan untuk menonton semula cerita aksi lama yang melibatkan aksi kejar mengejar, tembak menembak, dan anda boleh tonton semua aksi ini sambil memakan keropok Super Ring
Jadi kami senaraikan 10 filem yang kami rasa wajar ditonton oleh anda semasa kawalan pergerakan ini. Jangan risau, laman web untuk kemaskini data BSH belum lagi dibuka.
1. Bad Boys 2003 – dalam filem ini anda boleh menyaksikan Ferrari 550 Maranello yang merupakan Ferrari yang dipasang dengan enjin V12 pada bahagian depan. Sinematografi melibatkan kamera merakam Ferrari mengejar penjahat dengan enjin V12 diperah memang sangat sedap ditonton dan didengari. Tapi kan, kaya betul polis US, boleh pakai Ferrari.
2. Transporter 2002 – yang dilakonkan oleh hero botak Jason Statham yang menggunakan BMW 7 Siri yang berwarna hitam. Bagi tujuan tersebut BMW membekalkan 3 buah BMW 7 Siri untuk digunakan. Pemasaran percuma tuan tuan. Bagi menambah kesan, semua kereta menggunakan transmisi manual

3. Bourne Identity 2002 – Gabungan perisik yang lupa ingatan akibat minum air semut yang dilakonkan oleh Matt Damon, Mini Cooper lama, dikejar kereta polis Peugot dan Kota Paris. Semuanya bercampur dengan baik sekali bagi menghasilkan adegan kejar mengejar klasik sama seperti filem Ronin.
4. Italian Job 2003 – adegan 3 buah Mini Cooper merompak emas, melarikan diri dalam laluan kerata api bawah tanah, dikejar dengan motosikal berkuasa tinggi dan juga helikopter. Paling menarik semua adegan ini dibuat sendiri oleh Charlize Theron, Mark Wahlberg, dan Jason Statham (dia lagi). Dalam sesetengah keadaan sehingga 7 kamera digunakan untuk merakam aksi dalam pembikinan filem
5. Gone in 60 Seconds 2000 – Nicholas Cage berganding bahu dengan sebuah Shelby GT500 yang lengkap dengan sistem NOS. Anda boleh melihat hero melarikan diri dari kepungan polis, dikejar dengan helikopter, dan melompat jauh dengan bantuan lori.

6. Terminator 2 dan 3 – dalam filem Terminator 2 anda boleh melihat aksi kejar mengejar antara motosikal scrambler, Harley Davidson dan juga lori yang dipandu oleh Terminator 1000 yang berakhir dengan letupan. Manakala dalam Terminator 3 adegan kejar mengejar antara Toyota Tundra, dikejar dengan kren 8 tayar dan juga kereta bomba. Satu bandar jahanam dikerjakan oleh 2 Terminator ini. Patut pakai santau je pada John tu kan senang
7. Fast and Furious 1 & 2 – apa yang penulis maksudkan ialah FF 1 dimana melibatkan aksi Civic EK merompak lori, perlumbaan antara kereta RX7, Mitsubishi Eclipse, Honda S2000, Supra dan Dodge Charger. Manakala dalam FF2 ia mamaparkan aksi Mitsubishi Evo 7 dan Eclipse Spyder GTS sebagai karekter utama.
8. Fast Furious – mengembalikan watak Dom sebagai hero dengan Dodge Charger dan Brian dengan Nissan Skyline GTR R34, dan diakhir filem dengan Subaru Impreza WRX STi. Namun sepanjang perjalanan filem anda akan dihidangkan dengan pelbagai model Nissan, BMW, dan Ford yang melibatkan perlumbaan jalanan dan juga terowong bawah tanah
Aksi perlumbaan boleh ditonton di SINI

9. Fast 5 – antara filem terakhir yang penulis masih tonton berkali-kali tanpa rasa bosan. Namun peranan kereta buatan Jepun mulai pudar dalam filem ini. Namun paling menarik untuk ditonton ialah aksi kejar mengejar yang melibatkan pasukan polis, Dodge Charger LX yang menarik peti besi dan juga VW Tuoreg yang dipandu oleh ketua mafia.
Trak Gurkha LAPV yang dipandu oleh The Rock pula keras macam kereta kebal. Aksi kejar mengejar boleh ditonton di SINI
10. Need for Speed 2014- filem yang diadaptasikan daripada permainan video yang popular. Walaupun menampilkan pelakon yang biasa-biasa sahaja, namun ia menggunakan kereta-kereta super Buggati Veyron, Lamborghini, Koeniggsegg Agera, McLaren P1 dan semuanya replika. Namun Ford Mustang GT S197 tu rasanya ori kilang.
11. James Bond 1995 – dilakonkan oleh Pierce Brosnan, hero perisik yang agak main-main namun cara lakonannya tidak kaku seperti James Bond terbaru. Bukan BWM atau Aston Martin tapi sebuah kereta kebal T-55 milik Rusia. Kacau bilau bandat St. Petersburg bila acara mengejar dibuat oleh Bond dengan kereta kebal.

12. Baby Driver 2017 – berbekalkan muka jambu bak Abam Japar, watak hero dimainkan oleh Ansel Elgort sebagai baby. Dia ditugas untuk memandu kereta dari pihak polis dalam rompakan sebagai bayaran hutang kepada Doc. Namun hero sebenar cerita ini ialah Subaru Impreza yang digunakan pada babak awal filem. Eh tapi runut bunyi ketika kejar mengejar tu pun best jugak
13. Rush 2013 – merupakan salah satu filem kegemaran penulis yang melibatkan perseteruan antara Niki Lauda dan James Hunt antara tahun 1975-1978 dalam dunia perlumbaan Formula 1. Sebenarnya tak banyak model kereta yang dipamerkan melainkan jentera F1 dari McLaren, Ferrari dan juga Hesketh.
14. Ford vs Ferrari 2019 – selain daripada Rush, filem ini juga merupakan filem autobiografi yang melibatkan Caroll Shelby, Enzo Ferrari dan juga Henry Ford. Tapi biasa la Hollywood akan putar belit sikit jalan cerita untuk menjadikan filem ini sedap sambil menikmati keropok super Ring.

15. Senario Lagi 2000 – filem arahan Aziz M Osman di mana aksi kejar mengejar yang melibatkan Proton Wira dan Mazda Lantis. Aksi kejar mengejar ini melibatkan sekumpulan pelumba motosikal di laluan lebun getah ala-ala rali. Nasib guna Wira, kalau guna Myvi memang tak dapat la nak kejar.