Buletin

ADRIAN SALLEH JADI PEMILIK PERTAMA HONDA CIVIC TYPE-R DI MALAYSIA, UNTUNGLAH…

Honda Malaysia hari ini menyerahkan Civic Type-R kepada pemiliknya yang pertama di Malaysia, Adrian Salleh Hashim dalam satu majlis yang istimewa di Botanic Auto Mall.

Selain menjadi model Honda paling berkuasa di pasaran tempatan, Civic Type-R juga unik kerana didatangkan dengan plat nombor sisi khas yang dilekat oada konsol tengah agar lebih eksklusif.

“Kami komited untuk menawarkan pelanggan dengan produk bernilai tinggi dan memiliki teknologi termaju. Civic Type-R menjanjikan prestasi di trek lumba dan boleh memenuhi keperluan pemanduan setiap hari.

“Inilah yang membuatkan Honda unik. Kami ingin mengucapkan terima kasih k atas sokongan rakyat Malaysia terhadap teknologi terkini yang kami perkenalkan,” kata Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial.

Sebenarnya, Adrian Salleh pernah ditanya dalam satu kaji selidik sebelum pelancaran Civic Type-R pada tahun 2007 (FD2R) untuk mengtehaui maklum balas daripada orang ramai.

Pada tahun 2007, Malaysia menjadi satu-satunya negara selain Jepun yang melancarkan FD2R secara rasmi. Honda Malaysia berjaya menjual 420 unit FD2R di antara tahun 2007 hingga 2011.

Sejak dilancarkan pada November lalu, penerimaan pengguna terhadap jentera baharu ini sangat memberangsangkan. Malah, Honda Malaysia sudah menerima 70 tempahan.

“Saya memang kagum dengan penampilannya yang sporty dan garang. Walaupun berkuasa tinggi, ia tetap sesuai untuk dipandu setiap hari. Saya rasa, ciri paling unik ialah tiga mode pemanduannya iaitu COMFORT, SPORT dan +R. Saya memang sudah tidak sabar untuk memandunya,” kata Adrian Salleh dengan penuh teruja.

Sebagai tanda penghargaan, Adrian Salleh turut menerima barangan istimewa Honda, sebuah GoPro HERO 5 dan Honda Ultra Glass Body Coating bernilai RM5,300.

Civic Type R yang diimport sepenuhnya ini ditawarkan pada harga RM320,000 (di atas jalan tidak termasuk insurans).

Anda boleh menempahnya di bilik pameran di bawah:

No

Wilayah

Pengedar Honda Sport

1

Tengah

Autoworld Asia Sdn Bhd

2

Tengah

Botanic Auto Mall Sdn Bhd

3

Tengah

Global Amity Sdn Bhd (Bangi)

4

Tengah

Kah Motor Co Sdn Bhd – Selayang

5

Tengah

Sri Utama Auto Sdn Bhd

6

Tengah

USJ Car Express Sdn Bhd

7

Tengah

MH Prestige Auto Sdn Bhd

8

Tengah

Peringgit Sri Motor Sdn Bhd

9

Tengah

Tenaga Setia Resources Sdn Bhd

10

Tengah

The Millenium Auto Carriage

11

Pantai Timur

Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd

12

Malaysia Timur

Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd

13

Utara

Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd

14

Utara

Formula Venture Sdn Bhd

15

Utara

Kah Motor Co Sdn Bhd – Sg Pinang

16

Utara

Lee Motor SP (Car Div) Sdn Bhd

17

Utara

Yooi Cars Sdn Bhd

18

Selatan

Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban)

19

Selatan

Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd

20

Selatan

Yong Ming Motor Sdn Bhd

Google ads
Back to top button