Buletin

AH LONG BALING BOM MOLOTOV KE DALAM RUMAH, TIGA KENDERAAN MUSNAH

Sekurang-kurangnya tiga kenderaan rosak akibat bom molotov dibaling ke dalam sebuah rumah di Taman Bukit Kaya, Seremban.

Anggota bomba turut menjumpai nota amaran dipercayai daripada Ah long. Tertulis di nota tersebut adalah meminta pembaca menghubungi nombor tertera pada nota itu.

Wong Kai Hong, berusia 37 tahun, mendakwa bahawa Ah Long tersebut berasal dari Singapura, bertanggungjawab dalam kejadian 3.30 pagi itu. Dia juga mengatakan bahawa abangnya, bekerja di Singapura ada meminjam daripada Ah Long.

Kejadian itu mengejutkan ibu, ibu mertua dan anak lelakinya berusia tujuh bulan, yang ketika itu berada di rumah.

“Saya sedang tidur di bilik saya di tingkat atas ketika ia berlaku. Saya ternampak kebakaran dan bergegas turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku. Api marak begitu cepat akibat petrol. Saya keliru pada mulanya. Seorang sepupu kemudian memberitahu saya bahawa dia juga menerima mesej di Facebook, dipercayai daripada Ah Long, menghantar gambar abang saya melalui mesej tersebut.” Jelas Wong.

Wong kemudian mendapat tahu bahawa abangnya telah meminjam AS$319 (RM1,503) pada 11 Oktober, tetapi telah membayar RM3,000 dua hari kemudian.

Wong yang bekerja sebagai pemandu e-hailing akui terkejut pemberi pinjaman tersebut mempunyai maklumat serta alamat mereka di Malaysia. Menurut sepupu Wong, dia diberitahu bahawa abang kepada Wong itu masih perlu membuat pembayaran sebanyak RM45,000.

Wong masih dalam keadaan trauma dengan kejadian itu mengakui tidak dapat bekerja dan tinggal di rumah saudara kerana sedang hidup dalam ketakutan, selain bimbang akan keselamatan orang tua serta kanak-kanak yang tinggal bersamanya. – New Straits Times

Google ads
Back to top button