
SELEPAS 7 BULAN HIATUS, FORD UMUM KELUAR DARI RUSIA. JUAL 49% KEPENTINGAN KEPADA SOLLERS FORD
Selepas tujuh bulan menghentikan pengeluaran, Ford mengumumkan bahawa mereka memilih untuk keluar dari pasaran Rusia. Ford turut menjual 49 peratus kepentingannya dalam usaha sama dengan Sollers Ford.
Usaha sama itu ditubuhkan pada 2011 dengan tiga kilang mengeluarkan kenderaan Ford. Sollers Ford menghasilkan model Focus, Mondeo, EcoSport, Fiesta dan Explorer untuk pasaran tempatan sehingga 2019 dan Transit sehingga 2022.
Sejak Mac, beberapa pembuat kereta asing, termasuk Ford, menghentikan operasi di Rusia sebagai tindak balas kepada pencerobohan ke atas Ukraine dan sekatan dikenakan oleh Amerika Syarikat serta negara lain.

Dalam jangka masa tersebut, Ford menghentikan pembuatannya, pembekalan alat ganti, sokongan IT serta kejuruteraannya di Rusia untuk menyokong Dana Bantuan Global Giving Ukraine.
Seperti pembuat kereta yang lain, Ford mengekalkan pilihan untuk membeli semula saham dalam tempoh lima tahun akan datang jika situasi global berubah.
Taktik itu juga digunakan oleh Nissan yang menjual saham kepada NAMI, pusat penyelidikan dan pembangunan automobil dan institut enjin Rusia, pada harga kurang satu dolar.
Walaupun ia kehilangan AS$687 juta (RM324 juta) dalam perjanjian itu, tetapi pilihan membeli semula saham dalam tempoh enam tahun akan datang adalah jalan terbaik sementara menunggu situasi global berubah.
Peratusan untuk Ford membeli semula sahamnya agak kecil kerana Ford telah menamatkan operasi di negara itu sejak 2019 lagi. Pada masa itu, Ford memberitahu ia menghentikan pengeluaran kenderaan penumpang untuk menumpukan sepenuhnya pada perniagaan kenderaan komersial, di mana ia merupakan pengeluar bukan domestik yang paling laris.
- BACA: FORD RANGER RAPTOR, TRAK PIKAP DENGAN TEKNOLOGI ALA-ALA SUPERCAR
- BACA: FORD RANGER RAPTOR 2022. 3.0L V6, 397HP, SISTEM AUDIO BANG & OLUFSEN, BERMULA RM260K
- BACA: LEBIH 80% PEMBELI FORD MAVERICK MERUPAKAN PELANGGAN BARU, RAMAI PEMILIK CIVIC, CR-V!
- BACA: FORD EVEREST 2022 RASMI DILANCARKAN. 3 VARIAN, BERMULA RM263,888





