Buletin

CARWINK PLATFORM BAHARU KOMUNIKASI DI JALAN RAYA. BOLEH HAI, BYE KAT PEMANDU LAIN

Pada kebiasaannya, kita menggunakan emoji apabila menggunakan peranti komunikasi dalam meluahkan perasaan kepada penerima mesej.

Kini, terdapat platform baharu membolehkan kita berkomunikasi dengan pemandu lain ketika memandu. Harap-harap adalah emoji menunjukkan kemarahan.

Senang sikit digunakan untuk pemandu-pemandu yang tiada adab di jalan raya.

Peranti inovatif diberi nama CarWink boleh dipadankan pada cermin hadapan ataupun di bahagian belakang.

Dengan menggunakan paparan bersepadu, ia dapat menunjukkan pelbagai pilihan rangkaian emoticon dikendalikan menggunakan arahan suara ataupun input sentuhan mengikut kehendak pemandu.

Mudah sahaja hendak menggunakan peranti ini. Ia dihubungkan ke aplikasi mudah alih yang digunakan pada sistem operasi Android dan iPhone.

Pengguna mengawal apa yang dipaparkan pada paparan untuk dilihat pemandu lain dengan bantuan aplikasi antara muka pengguna (UI) ataupun arahan suara.

Antara emoji yang terdapat dalam peranti ini termasuk terlalu dekat (bagus untuk mereka yang suka cucuk kereta orang), terima kasih, kesesakan lalu lintas, polis di hadapan, pejalan kaki sedang melintas dan banyak lagi.

Syarikat induk yang membangunkan peranti tersebut memberitahu mereka sedang menambah lebih banyak emoji dalam waktu terdekat untuk dinikmati pengguna.

CarWink menjana kuasa melalui sambungan USB tetapi pengguna mempunyai pilihan kerana ia menyokong pengecasan secara solar.

Peranti disambung ke telefon menggunakan sambungan Bluetooth dan didatangkan bersama paparan LED RGB 8-bit. Ia sama sekali tidak ‘telan’ terlalu banyak kuasa bateri.

CarWink mengumpul hampir AS$120,000 (RM 504,420) melalui Indiegogo dan peranti itu sepatutnya sudah dipasarkan kepada para penderma.

Begitupun, pereka peranti menjelaskan terdapat beberapa masalah dalam proses pembangunan terutama melibatkan bahagian rekaan sedutan peranti. – autoevolution

Google ads
Back to top button