Buletin

BUAT KECOH DI PANTAI, MAT REMPIT KENA TERAJANG. MEMANG SESUAI SANGAT TU…

Baru-baru ini, tular satu klip video yang menyaksikan sekumpulan mat rempit membuat bising di sebuah pantai peranginan awam dan akhirnya mendapat pengajaran setimpal. 

Klip video itu bermula dengan sekumpulan mat rempit rev motosikal masing-masing, menyebabkan pencemaran asap motosikal dan bunyi bising. Mereka juga dilihat menunggang motosikal yang di kawasan yang sememangnya ada kanak-kanak di sana. 

Tidak tahan dengan perangai monyet tersebut, sekumpulan pengunjung pantai yang terdiri daripada ibu bapa mula tampil untuk menghalau mereka.

Tidak mengambil masa yang lama, mereka mula tolak menolak, sebelum ada beberapa individu bertindak lebih keras dengan menerajang beberapa penunggang motosikal sehingga jatuh. 

Malah, ada seorang makcik memegang sebatang kayu dengan berani melakukan konfrontasi ke atas beberapa orang mat rempit berkenaan. Apabila keadaan semakin panas, kumpulan mat rempit itu mula dikerumuni oleh orang ramai. 

Org nk santai² tepi pantai korang lak nk santai² ramp moto kt situ….skali dtg tendangan jurus 7 petala….amek ko jajan….hahahaha

Posted by Long Botak on Sabtu, 31 Ogos 2019

Semakin ramai juga yang meluahkan kemarahan mereka dan tidak semena-mena, seorang lelaki membuat flying kick ke kepala seorang mat rempit yang menunggang sebuah motosikal dipercayai Yamaha RX-Z. Kalau dah kena terajang macam tu, konfem lah tergolek atas pasir. 

Tidak dapat dipastikan sama ada video itu dirakam di Malaysia atau di tempat lain. Tetapi, berdasarkan kepada nombor plat (tidak jelas) dan gaya tudung yang dipakai oleh makcik-makcik di sana, insiden itu mungkin berlaku di Malaysia. 

Satu sumber yang tidak dapat disahkan memberitahu ia berlaku di Lahad Datu, Sabah. 

Apa pun, diharapkan video ini boleh jadi pengajaran kepada mat rempit di mana-mana pun. Sila hormat orang lain, kalau tidak mahu kena terajang. 

Untuk yang kena terajang tu, padan lah dengan muka kau.. 

Google ads
Back to top button