Motosikal

PENUNTUT UNIVERSITI ARGENTINA BIKIN MOTOSIKAL DIJANA AIR LAUT

Seorang penuntut universiti di Argentina membangunkan sebuah motosikal yang dijana air laut.

Menurut La Moto Argentina, Santiago Hernandez yang mengikuti kursus kimia di universiti berkenaan mendapat idea membikin motosikal terbabit apabila mempelajari tentang elektrolisis.

Dia mendapati bahawa ia boleh digunakan untuk menghasilkan pendorongan dalam kenderaan.

Elektrolisis merupakan proses di mana sebatian ionik-ion sebagai atom dengan cas bukan neutral dipecahkan kepada elemen bahan menggunakan arus terus (DC).

Secara komersial, elektrolisis boleh digunakan untuk mencipta bahan kimia atau mengekstrak serta menapis logam.

Bagaimanapun, ia merupakan kaedah baharu menggerakkan motosikal.

Motosikal yang boleh bergerak tanpa memerlukan bahan api itu merupakan sebahagian daripada projek universiti.

Santiago Hernandez berkata, projek berkenaan memerlukan pengubahsuaian struktur terutamanya dengan peralatan serupa seperti gas asli mampat (CNG).

Projek berkenaan yang dinamakan sebagai One Green Step At A Time jika berjaya dikomersialkan sudah pasti akan memainkan penting dalam melestari alam sekitar – visordown

Google ads
Back to top button