Artikel Pilihan

AKSESORI GEAR UP UNTUK PERODUA ATIVA

Setiap kali model baru dilancarkan oleh Perodua, mereka akan melancarkan juga produk aksesori tambahan yang dijual secara berasingan kepada pembeli yang berminat. Secara positifnya, anda boleh membezakan Ativa baru anda dengan Ativa milik pemandu lain secara individual. Berikut ialah senarai aksesori kit Gear Up yang boleh dibeli jika anda berminat.

1. Blaze Bodykit – sewaktu gambar risikan keluar di media sosial, rata-rata peminat menggelarkan bodykit ini kelihatan pelik dengan rekaan gigi taring. Blaze Bodykit merangkumi Kit Bampar Depan lengkap dengan DRL LED, Kit Bampar Belakang, Set Skirt Tepi, dan Spoiler Atas di bahagian belakang.

Satu set ini berharga RM 2500 dan boleh didapati dalam 7 warna yang berbeza. Untuk memastikan LED DRL berfungsi, pelanggan perlu membeli wayar tambahan yang berharga RM 40 bagi memastikan sambungan elektrik dibuat dengan betul dan bukannya kaedah wire cut & tap.

2. Blaze Seat Cover – atau balutan kusyen dengan material PVC serta jahitan benang berwarna merah. Ia juga diserikan dengan corak rekaan berwarna merah dan dijual dengan harga RM 800 per set. Sesuai untuk varian X dan H yang tidak menerima kusyen balutan kulit.

Ia telah diuji bagi operasi beg udara sisi dan memiliki lubang bagi pemasangan kerusi bayi dengan ciri ISOFIX. Nanti senang la kalau nak cuci kalau anak tumpahkan makanan dan minuman

3. Pakej Utiliti – merupakan gabungan 3 aksesori tambahan yang merangkumi Door Visor, pelapik lantai Coil Mat, dan juga Luggage Tray yang berharga RM 360. Jika dibeli berasingan ia akan menjadi lagi mahal.

4. Pakej Pencahayaan – terdiri daripada LED Scuff Plate dengan logo Gear Up (penulis lagi suka jika ditulis ATIVA) yang berharga RM 260 dan pencahayaan LED pada lantai depan dan belakang yang berharga RM 240.

5. Perakam Video Digital – berharga RM 500 satu set dan sesuai untuk varian X dan H yang tidak menerima ciri perakam video digital. Berupaya merekod dengan jelas pada waktu malam dengan ciri Night Vision. Bagi penulis aksesori ini wajib ada memandangkan ramai yang memandu dengan melulu sekarang ini.

6. Wheel Lock Nut-bunyi macam kelakar kan, tapi itulah yang terjadi pada MyVi 1.5 H dan 1.5AV. Rim bersaiz 15 inci tersebut selalu dicuri dan solusinya ialah Wheel Lock Nut yang berharga RM 200.00. Ia akan menghalang pencuri rim dari membuka tayar anda dan menghalang kecurian.

Lain-lain aksesori termasuklah Rear Bumper Protector, Hood Insulator untuk mengurangkan bunyi enjin, Luggage Net, ISOFIX Child Seat, dan sistem pemantau tekanan angin tayar.

Google ads
Back to top button