
YAMAHA LANCAR TMAX EDISI ULANG TAHUN KE-20. TERHAD 560 UNIT SAHAJA
Yamaha meraikan ulang tahun ke-20 TMAX dengan memperkenal edisi khas baharu yang dibangunkan terhad kepada 560 unit sahaja.
Skuter tebaharu itu didatangkan dengan warna khas dikenali sebagai Tech Graphite manakala ia dibangunkan menggunakan gentian karbon.
TMAX yang didatangkan kerangka aluminium itu dijual pada harga £14,699 (RM82,879).

Dengan menampilkan rekaan unik, TMAX edisi khas tersebut didatangkan nombor siri menandakan pembikinan 560 unit skuter berkenaan.
Selain itu, ia dilengkapi panel sisi direka seperti boomerang, mudguard hadapan dan pelindung ekzos menggunakan gentian karbon.

Begitupun, ia masih mendapat khidmat enjin 560 cc pada model terdahulu yang mampu menjana kuasa 47.6 hp pada 7,500 rpm dan tork 55.7 Nm.
Antara ciri-ciri menarik lain termasuk paparan skrin elektrik, traction control system, kawalan cruise, ruang simpanan lebih luar, panel instrumen TFT, Smart Key dan banyak lagi.

Skuter terbaharu itu akan dijual secara eksklusif melalui sistem tempahan online yang akan ke udara di alam maya pada 31 Mac ini. – visordown
- BACA: ROSSI AKAN DIBANTU AGAR LEBIH KOMPETITIF DENGAN PASUKAN YAMAHA SRT
- BACA: YAMAHA RD LC 125 LEGEND UNTUK DIJUAL. HASIL JUALAN 100% UNTUK BAIK PULIH SURAU
- BACA: KLON YAMAHA R1. 4 PILIHAN ENJIN, NAMA IKUT PENGEDAR NAK LETAK APA, BAKAL DIPASARKAN KE SELURUH DUNIA
- BACA: BERAPA TOP SPEED YAMAHA EXCITER 155 VVA 2021 GP EDITION? 135KM/J, IKUT GPS LAH…