Motosikal

RASMI: ZXMOTO SAH MASUK MALAYSIA MENERUSI MFORCE

MForce Bike Holdings dengan rasminya mengesahkan akan memasarkan motosikal ZXMOTO ke pasaran Malaysia menerusi satu pengumuman rasmi yang dibuat pada Selasa. 

Pengumuman itu sudah pun dijangka selepas MForce menerima dua unit motosikal ZXMoto untuk sesi ujian sebelum ini. 

Menariknya, pengumuman tersebut dibuat sejurus selepas wakil MForce, diketuai Ketua Pegawai Operasi MFroce, En. Asri Ahmad terbang ke Chongqing, China bagi menemui pengasas ZXMOTO, Zhang Xue. 

ZXMOTO mencipta nama di pentas Kejuaraan Dunia SuperSport (WorldSSP) baru-baru ini apabila memenangi Race 1 dan Race 2 ketika pusingan kedua WorldSBK di Portugal. Valentin Debise merangjkul kemenangan bersejarah buat pasukan dari China menggunakan jentera ZXMoto 820RR. 

Antara model yang dijangka akan dipasarkan di Malaysia termasuk ZXMoto 820RR, 500RR dan 500F.

Google ads
Back to top button