Peranti

ALCATEL ONE TOUCH DILANCARKAN

Setelah agak lama menghilangkan diri dari pasaran tempatan, pengeluar telefon bimbit, Alcatel kini kembali ke Malaysia. 

Kali ini, kemunculannya dibuat dengan lebih glamor  bersama tayangan filem aksi terkenal, Iron Man 3 di GSC One Utama, Kuala Lumpur pada akhir April lalu. Telefon pintar yang diperkenalkan ialah Alcatel One Touch.

SONY DSC

Untuk makluman, TCL Communication yang merupakan pereka dan pengeluar telefon pintar Alcatel One Touch meraikan ulang tahun ke-20 jenama Alcatel pada tahun ini.

Sejak 20 tahun lalu, Alcatel telah membawakan inovasi dan kualiti ke dalam teknologi mobil  untuk pengguna di seluruh dunia dengan peranti yang ringkas dan mudah diakses. Selain fokus kepada membolehkan pengguna melakukan lebih banyak perkara.

ONE TOUCH Scribe HD Dual Pure White Front w Cover-Open V1

Maka tidak hairanlah jika telefon Alcatel One Touch direka berdasarkan kepada gaya hidup, penggunaan dan teknologi yang diperlukan oleh orang kebanyakan. Semua ciri ini terbukti menerangkan misi dan kenyataan Alcatel untuk tahun 2013 iaitu “Semuanya mengenai anda! (It’s all about you!).

2013 sememangnya tahun yang sibuk untuk Alcatel One Touch dengan pengenalan 13 buah telefon pintar oleh pihak CES dan MWC di pasaran seluruh dunia. Itu belum dikira pelancaran telefon pintar paling nipis dan kerjasama baharu dengan Marvel untuk menjadi rakan telefon pintar eksklusif untuk filem Iron Man 3.

ironman-3-20130514141648

Pengarah Alcatel One Touch Global Go To Market, Frederic Fleurance menyatakan bahawa menjadi sebahagian daripada fenomena Iron adalah sesuatu yang amat mengujakan.

“Kami ialah peminat tegar francais filem ini dan rasa begitu berbesar hati kerana turut serta dalam filem Iron Man 3. Alcatel One Touch Idol ialah telefon kami yang paling bergaya,” kata Fleurance.

idol-homebanner

Kerjasama itu menandakan hubungan pertama Alcatel One Touch dengan Marvel. Ia membuktikan komitmen Alcatel untuk melancarkan portfolio telefon pintarnya yang pantas berkembang di seluruh dunia. Mengatasi RIM, Motorola dan HTC dengan posisi pasaran yang kukuh di Amerika Utara dan Eropah Barat.

Pada tahun ini, Alcatel One Touch komited untuk mengembangkan pasarannya dengan proposisi jenama dan 13 produk baharu.  Maklumat lanjut mengenai Alcatel One Touch, sila layari laman web: www.alcatelonetouch.com

[hr] Galeri

 ALCATEL_002SONY DSCidolultra-homebannerONE TOUCH Idol Slate back V1.0ONE TOUCH Idol Slate Side V1.0ONE TOUCH Idol Ultra Black Front-Right V1.0ONE TOUCH Scribe HD Dual Pure White Back V1.1ONE TOUCH Scribe HD Dual Pure White Front V1ONE TOUCH tribe 3040_Billboard 600x300 scale 1.4star-homebannerscribehd-homebanner

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button