Buletin

NISSAN ALMERA PLAYLIST

Sama ada menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Pulau Pinang atau terperangkap dalam kesesakan di Jalan Sultan Ismail, anda tidak boleh nafikan bahawa muzik ialah teman terbaik ketika memandu. 

Justeru, Nissan baru-baru ini berkolaborasi dengan DJ Gaijin dan Mono untuk menghasilkan muzik yang diinspiraskan oleh sedan global paling laris, Almera. Cakera padat (CD) Nissan ALMERA Playlist yang eksklusif itu menampil enam buah lagu segar yang dicipta khas untuk pemandu generasi muda hari ini.

Nissan ALMERA photo

Gaijin & Mono yang kedua-duanya merupakan bekas peserta pertandingan JUICE DJ Quest dan Pioneer Digital DJ Battle menghasilkan satu gabungan muzik tarian elektronik. Selain campuran genre muzik house, electronica, nu rave dan tekno yang diinspirasikan  daripada gaya kemas Nissan Almera ketika menyusuri jalan raya.

Mulai hari ini, daftarkan diri anda untuk memandu uji Nissan Almera di mana-mana siri jelajah Nissan di seluruh negara dan terima cakera padat (CD) Nissan ALMERA Playlist edisi terhad sementara stok masih ada.

07_MainCar_J_5_CMYK–22

Siri Jelajah Nissan

24-26 Mei                  Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang

24-26 Mei                  Delta Mall, Sibu

31 Mei-2 Jun             SACC Mall, Shah Alam

7-9 Jun                       Kluang Mall, Kluang, Johor

28-30 Jun 2013        City One, Kuching

Sementara itu, pelawak terkenal, Kavin Jay pula membat penampilan bersama Nissan Almera dalam tiga video bertajuk “See them, See them not. Almera saves you from the peacock”, “She’s Sexy, She’s My Baby” dan “No Almera, No Blind Dates”.  Tonton momen-momen pelik dan menggelikan hati Kavin bersama pasangannya di http://bit.ly/10HR9AW

EG_X1195_02_A18_gcr340_r3_flipped

Peraduan Duta Belia

Nissan juga telah berkolaborasi dengan enam universiti terpilih iaitu Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, HELP University, Taylor’s University, INTI International University dan Tunku Abdul Rahman College untuk menjayakan Peraduan Duta “Almera Surprises Uyouth” yang diadakan mulai 17 April hingga 13 Mei 2013. Dalam peraduan ini, para pelajar perlu merakam gambar diri mereka dengan Nissan Almera dan memuat naik ke laman Facebook Nissan Malaysia.

Sila layari laman Facebook Nissan Malaysia untuk melihat senarai finalis Duta ALMERA “Hot & Sexy” vs “Huge & Cute”. Pemenang ialah mereka yang mendapat ‘LIKE’ paling banyak dan bakal menerima sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy SIII.

EG_X1195_02_A18_gcr340_r3

Sedan Global Paling Laris

Nissan Almera telah menerima maklum balas positif sejak dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada tahun lalu. Di pasaran antarabangsa, ia merupakan sedan global paling laris dalam kelasnya.

Pemandu muda nyata amat menyukai ciri-ciri teknologi tinggi dan keluasan ruang yang biasanya ada pada kenderaan lebih premium. Sebagai tambahan, Nissan ALMERA benar-benar menyerlah dengan harga kompetitif, sekali gus menawarkan kereta yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Console

Ansuran bulanan bermula RM499

Kini, rakyat Malaysia boleh memiliki sebuah Nissan Almera dengan bayaran bulanan hanya RM499 dan menikmati RM3,000 rebat tunai. Maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Perkhidmatan Pelanggan kami di talian Tol Percuma: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my. Pandu uji boleh dibuat di bilik pameran terdekat anda.

[hr] Galeri 

07_MainCar_J_5_CMYK–22_Flipped12TDI_VERSb001dlm (1)dlm (2)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button