FORD FOCUS INI DIPASANGKAN DENGAN ENJIN NISSAN GT-R, KHAS UNTUK PERLUMBAAN PIKES PEAK
Pernah dengar Pikes Peak Hill Climb? tak pernah? Monster Tajima? Apa? tak pernah? OK. Aiman Tino? OK. Tak apa, baca perlahan-lahan. Kali ini kami akan ceritakan tentang sebuah pasukan yang sudah bersedia untuk perlumbaan Pikes Peak yang akan berlangsung bulan depan.
Pikes Peak Hill Climb ialah perlumbaan unik yang memerlukan pelumba mencatat masa terpantas dari seksyen mula hingga ke puncak bukit. Ia diadakan di sebuah litar buatan sepanjang 20 kilometer di Pikes Peak di Colorado, Amerika Syarikat.
BACA: APA ITU RALI DAKAR?
Walaupun perlumbaan di trek ini dah bermula pada tahun 1916 tetapi orang yang mempopularkan sukan ini tak lain tak bukan Nobohiro Tajima atau lebih dikenali sebagai Monster Tajima. Beliau yang memandu Suzuki Escudo dan kemudiannya mencatat rekod dengan SX4 adalah pemenang 9 kali di perlumbaan yang juga dikenali sebagai The Race To The Clouds.
Tapi ini bukan tentang tajima, tapi tentang sebuah pasukan yang dikenali sebagai Pace Innovations dari Australia. Mereka membina sebuah jentera baru berasaskan kereta Ford Focus. Jentera ini akan dipandu oleh Tony Quinn.
Menggunakan kerangka tiub sepenuhnya, kereta ini dipasangkan dengan enjin VR38DETT Nissan GT-R dan untuk lebih seimbang sewaktu perlumbaan, enjin V6 turbo tersebut diletakkan di bahagian tengah belakang kerusi pemandu, sebelum gandar roda belakang.
Cuma bahagian hadapan sahaja yang kekal dengan rekabentuk Ford Focus, dari Tiang B ke belakang, konstruksi penuh dilakukan untuk menjadikannya kerangka yang cukup kukuh dalam perlumbaan menuju ke awan. Berbeza dengan perlumbaan lain, Pikes Peak adalah tentang kepantasan menghabiskan perlumbaan. Catatan masa adalah agenda yang paling kritikal.
Kuasa dari enjin 3.8 ini ditingkatkan sehingga 850 kuasa kuda dan 720 paun kaki tork. Enjin ini dipasang dalam sangkar khusus sebelum bersambung dengan pemacu pacuan empat roda sepenuh masa.
Seperti juga mesin Pikes Peak yang lain, jentera yang berlumba akan datang dengan pakej aerodinamik yang ekstrim. Bampar, arch roda, spoiler, canards, sayap dan bentuk kit badan yang ekstrim adalah permandangan biasa.
Kereta ini sudahpun siap dan sedang diuji oleh pihak Pace Innovation. sedikit sahaja penyesuian dan talaan dan ia akan berentap pada perlumbaan bulan depan.
https://www.facebook.com/HPAcademy/videos/1365182266907223/
GALERI