Buletin

AMARAN! JANGAN TUNJUK KERETA McLAREN INI PADA ANAK ANDA

Pepatah Melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maksudnya, kalau hendak mendidik anak-anak biarlah ketika usianya masih kecil kerana ia menjadi lebih sukar apabila sudah besar. Dalam hal ini, McLaren mengambil langkah yang betul apabila mengeluarkan pelbagai permainan untuk si kecil.

Apabila dah besar nanti, bolehlah membeli kereta McLaren berbanding jenama lain.

Sempena sambutan ulang tahun kelima McLaren P1TM, McLaren Automotive mengumumkan penawaran pelbagai koleksi kereta permainan untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.

Kereta permainan tersebut boleh dibeli secara dalam talian bermula Disember ini pada harga GBP 35.99 (RM 199) dan boleh dihantar sebelum Hari Natal. Permainan ini adalah edisi terbaru kepada pelbagai lagi produk dan model perlesenan McLaren. Mungkin juga ia boleh mengubat hati selepas kesemua 375 unit terhad McLaren P1TM  habis dijual.

Koleksi kereta permainan McLaren P1TM terdiri daripada McLaren P1™ electric Ride-On dan model skala McLaren P1™ Tecnomodel yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Model yang bergerak menggunakan kaki pula sesuai untuk tiga tahun ke bawah.

Golongan dewasa pun boleh cuma agak malu jika hendak dimainkan depan orang-ramai. Tidak pun berebut dengan anak-anak.

Produk lain McLaren P1™ termasuk model die-cast dari AutoArt, TSM, Kyosho, Motormax, Kinsmart and Hot Wheels. Model resin pula dari Amalgam, TSM dan Tecnomodel. Turut terdapat ialah kereta lumba skala (slot cars) dari Scalextric, model yang boleh dipasang (quick build) daripada Airfix dan juga kereta kawalan jauh daripada New Bright, Rastar and Maisto.

Di bawah ialah video permainan McLaren P1™ yang menunjukkan sisi lain McLaren. Pandai melawak dia orang ni. #broterhirbur.

Google ads
Back to top button