
ANDA PEMINAT SUKAN RALI? TAK TAU APA ITU SUKAN RALI? MUNGKIN KBS KLASS RALLY INI PATUT ANDA SERTAI
Beberapa tahun kebelakangan ini sepanjang tempoh penyepian sukan rali di tanahair, kita boleh melihat nama Roduwan Rashid atau pun lebih mesra disapa sebagai Chepot adalah antara individu yang cukup aktif untuk menyuburkan semula sukan rali.
Cukup terkenal dengan penganjuran Rally Sprint yang telah dianjurkan sejak dari tahun 2022 lagi, ianya dilihat sebagai suatu pertandingan rali yang cukup mesra peserta dan juga penonton. Kali pertama dianjurkan bermula tahun 2022 yang lalu dan berterusan sehingga ke tahun ini.
Cumanya seperti biasa, sebelum penganjuran KBS Rally Sprint ini, Chepot biasanya akan menganjurkan program Klass Rally. Jom kita baca apakah bendanya Klass Rally ini.
- Kursus Latihan Asas Sukan (KLASS) Rally ini telah pun dimulakan pada tahun 2022 dan mendapat sambutan yang hangat dengan penyertaan penuh 30 peserta ketika mula diadakan.
- Untuk KBS KLASS Rally 2025 ini, ianya akan diadakan di MAEPS Serdang pada 9 & 10 Ogos dengan yuran penyertaan hanyalah RM100 sahaja.
- Dengan yuran senilai dengan set Nasi Arab sekeluarga, sebetulnya banyak yang akan anda perolehi. Anda berpeluang untuk belajar dan mengetahui tentang apa itu sukan rali. Anda mungkin berminat untuk hadir sebagai pemandu, juruarah, pemilik pasukan mahu pun untuk hadir sebagai sebagai peminat sukan rali.
- Sudah tentu anda akan diajar tentang apa itu pacenote dan juga sebagainya secara asas apa itu sukan rali.
- Paling penting, yuran penyertaan tersebut juga telah bersekali dengan penyediaan makan minum sepanjang dua cari KLASS Rally ini berlangsung.

- Setelah belajar secara teori di dalam kelas, menurut Chepot juga para peserta akan didedahkan tentang simulasi sukan rali (praktikal). Mungkin inilah masanya untuk anda berpeluang melihat dengan lebih dekat jentera sang juara Subaru GC8 milik Chepot.
- Ada beberapa nama besar seperti Zaidi Tajudin (Coc MRC), Arish Qutb, Faizal Tuah serta jemputan ikon sukan rali yang masih belum lagi dapat disahkan kehadirannya. Yang pasti, Chepot juga akan hadir memberikan sepatah dua kata menabur janji bilakah jentera baharu beliau akan siap. Tiberrr!
- Oh ya, sebagai penutup, acara Rally Sprint dijangka akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Dan khabarnya juga Chepot sedang merencanakan sebuah perlumbaan indie khusus untuk rookie pada September nanti.
- Nah, untuk yang berminat boleh roger terus Chepot di sini FB Chepot untuk sertai.
BACA : KBS RALLY SPRINT & KBS KLASS RALLY OKTOBER INI. MAKIN MERIAHLAH DUNIA RALI



