Buletin

RAMAI MAHU BELI KERETA APPLE, HANYA TUNGGU IA SIAP

Menurut Strategic Vision, 26 peratus pemilik kenderaan baharu serius untuk membeli kenderaan jenama Apple sekiranya ia sudah tersedia.

Agensi perunding antarabangsa itu mengeluarkan hasil Kajian Pengalaman Kenderaan Baharu, di mana ia bertanya kepada pemilik kenderaan baharu mengenai  kualiti lebih 45 jenama automotif.

Tinjauan itu meminta rakyat Amerika untuk menilai jenama yang tersedia serta jenama yang belum ada. Ini adalah kali pertama ia bertanya kepada pengguna tentang Apple.

Responden mengatakan bahawa mereka suka kualiti produk Apple, iaitu dua kali ganda daripada jenama yang kukuh seperti Honda, Toyota dan Tesla. Tanggapan itu bertentangan dengan fakta kerana Apple tidak pernah menghasilkan kenderaan.

Apple CarPlay ialah kuasa dalam dunia infotainmen dan dengan kemas kini akan datang, perkhidmatan itu tetap digunakan dalam banyak kenderaan.

Perkembangan tersebut mungkin menjadi masalah besar bagi jenama kereta seperti Tesla, di mana 50 peratus daripada pemiliknya memberitahu mereka akan “pasti mempertimbangkan” untuk membeli produk Apple pada masa hadapan.

Namun, Tesla mungkin boleh menarik nafas lega kerana laporan baru-baru ini menyatakan pasukan yang membangunkan kereta Apple berdepan isu serius. Ada yang berpendapat, pegawai tertinggi syarikat itu kurang komited terhadap projek tersebut.

Namun, jika ia diteruskan dan membinanya dengan baik, nampaknya akan ada pembeli yang sanggup beratur untuk membeli kereta Apple.

Google ads
Back to top button