
Motosikal
STUNTER JONNY PECAH REKOD WHEELIE PADA KELAJUAN 109 MPH. BERAPA TIANG DIA PERGI NI?
Penunggang motosikal lagak ngeri Britain mencipta rekod dunia baharu melakukan aksi wheelie dengan duduk di bahagian bar hendal sambil jentera bergerak pada kelajuan 109 mph.
Jonny Davies atau lebih dikenali sebagai Stunter Jonny menggunakan jentera Suzuki GSX-R1000 melakukan aksi bar hendal wheelie atau highchair wheelie.
Davies berkata dia mampu memecahkan rekod sendiri yang baharu dilakukan.
“Semasa sesi latihan saya telah melakukan aksi berkenaan pada kelajuan mencecah sehingga 122 mph,” katanya.
Rekod terdahulu dipegang penunggang dari Ireland, Enda Wright yang mencatat kelajuan 108 mph pada tahun 2006. – agensi.
- BACA: BIMS 2017: SUZUKI GSX-R150 – MOTOSIKAL YANG MUNGKIN TIDAK AKAN SAMPAI KE MALAYSIA
- BACA: CIRI ANTI-WHEELIE AERO SANGAT PENTING DI MOTEGI – SUZUKI
- BACA: TAK PUAS HATI KENA SAMAN, LELAKI TUNGGANG YAMAHA NVX BUAT AKSI WHEELIE
- BACA: INI DUCATI SUPERLEGGERA V4 NO.1/500, DISERAHKAN KEPADA PEMILIK BERTUAH