Buletin

PERODUA HENTI PRODUKSI ALZA APRIL INI. MODEL BAHARU LAGI POWER?

PERODUA bakal menghentikan produksi model popular Alza pada penghujung bulan April ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata perancangan awal menghentikan produksi model Alza adalah pada bulan ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan ia tidak dapat dilakukan berikutan beberapa faktor termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banjir yang melanda negara.

“Sehingga kini, masih terdapat sebanyak 3,200 unit tempahan yang masih tidak dapat dipenuhi untuk penghantaran kepada para pelanggan.

“Justeru, pemberhentian produksi Alza terpaksa dianjakkan pada bulan Mac ataupun penghujung April ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pembentangan Perodua 2022 Outlook di Kuala Lumpur.

Zainal Abidin menambah, beliau tidak dapat mengesahkan lagi tarikh pelancaran model terbaharu itu.

Begitupun, beliau memberi jaminan model terbaharu Alza bakal dilancarkan pada tahun ini.

“Kita akan memastikan peralihan model lama kepada model baharu berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Jualan model Alza pada tahun lalu mencecah 14,828 unit.

Model pengganti Alza mula bertiup kencang sejak awal tahun lalu.

Bahkan, ia dikuatkan lagi dengan pelancaran model Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia di Indonesia baru-baru ini.  

Google ads
Back to top button