Artikel Pilihan

APA HADIAH YANG JURUJUAL BAGI BILA BELI KERETA BARU?

Jika anda baru sahaja menyertai laman laman media sosial kereta, selain daripada diracun dengan pelbagai aksesori dan juga berbincang berkenaan dengan masalah teknikal, laman media sosial juga menjadi tempat untuk bakal pembeli bertanyakan hadiah yang bakal diperolehi daripada jurujual apabila mendapat kereta baru nanti.

Ya untuk pengetahuan pembaca, hadiah yang diberikan oleh jurujual kepada pembeli merupakan hadiah yang diberikan sendiri oleh jurujual dengan menggunakan duit mereka sendiri. Ia merupakan satu inisiatif yang bagus daripada jurujual bagi menarik perhatian pembeli.

Tapi janganlah bakal pembeli keterlaluan dalam meminta minta hadiah daripada jurujual, ini kerana hadiah yang dibeli dengan menggunakan duit komisyen yang diperolehi oleh mereka. Minta macam-macam sampai tinggal getah seluar dalam jurujual pun nak dikebas oleh mereka

Kita kena ingat, jurujual masih ada tanggungan yang perlu disara. Tapi berdasarkan pengalaman kami, ini adalah antara hadiah yang biasa diberikan oleh jurujual tanpa menjejaskan poket mereka

1. Penapis Filem Suria- bagi varian yang mahal, ia memang sudah diberikan lapisan filem suria, tapi bagi varian yang murah memang tiada lapisan suria. Sebagai inisiatif, jurujual akan memberikan lapisan filem secara percuma tapi bukanlah dari jenis yang mahal

Tapi bolehla untuk pelanggan mengelakkan cermin kereta menjadi terang seperti akuarium dan dibakar oleh oanas terik cahaya matahari, bersyukur la sikit. Kalau pelanggan nak pasang penapis filem dari jenama mahal, maka jurujual akan memberikan baucar yang mana pelanggan perlu menambah duit sendiri

2. Aksesori tambahan-berbeza dengan 10 tahun lepas, kos pengeluaran menjadi semakin bertambah dan pada masa yang sama keperluan keselamatan pula menjadi semakin baik. Sebagai imbangan, pengeluar tidak lagi akan memasang aksesori tambahan dan perlu dibeli sendiri

Antaranya window visor, pelapik ruang kargo belakang, bahan kedap bunyi dan juga pelapik kaki yang lebih baik. Antara aksesori yang biasa diperolehi oleh penulis secara percuma ialah window visor, best juga bila parking tengah hujan dan tingkap terbuka maka air hujan tidak akan masuk dalam kereta.

3. Pengunci stering- dalam bahasa lain ialah steering lock merupakan peralatan khas digunakan untuk mengunci stering kereta bagi mengelakkan kereta dicuri. Rekaan biasa diberikan oleh pelanggan ialah rekaan kayu besbol dan boleh dilihat dengan jelas bila dipasang

Benda ini bagus sebagai alat cegah rintang yang akan membantutkan hasrat pencuri untuk mencuri kereta anda. Tapi kalau anda nak beli yang lebih bagus, mungkin boleh pasang sendiri alat pencegahan kecurian tambahan lain seperti pedal lock

4. Payung- ini hadiah wajib yang perlu diberikan kepada pelanggan kerana negara kita memang panas terik atau kalau hujang memang akan lebat gila-gila. Jadi kebiasaannya jurujual akan memberikan sekaki payung kepada pelanggan siap dengan logo jenama kereta yang baru dibeli oleh mereka.

5. Peralatan elektrik- ya ini memang wujud kerana rakan penulis pernah menceritakan yang pelanggan perempuan mereka pernah meminta hadiah peralatan elektrik. Pelanggan tadi akan menolak semua hadiah di atas dan sebaliknya meminta hadiah periuk nasi dan ada juga meminta hadiah sterika tapi dari jenis biasa la. Bukan dari jenis yang stim harga ribu-ribu

6. Petrol setangki penuh- ini adalah wajib yang memang kena ada pada sebuah kereta baru. Biasanya jurujual akan meletakkan setangki petrol untuk setiap kereta baru yang diterima oleh pelanggan mereka. Memang seronok ambil kereta baru dan dapat pula setangki petrol memang best buat jalan-jalan melaram. Kalau petrol dah habis pandai-pandai la isi sendiri ya

7. Touch & Go – satu ketika dulu jurujual akan memberikan kad Touch & Go kepada pelanggan mereka dengan nilai isian sebanyak RM 10. Tapi kad yang diberikan adalah kad biasa tanpa teknologi NFC. Tapi dengan keadaan sekarang, kad NFC pun sukar untuk didapati maka jarang sekali jurujual mengekalkan tradisi ini

8. Smart Tag- memandangkan Malaysia kaya dengan pelbagai lebuhraya bertol walaupun sudah berkali-kali bertukar kerajaan, maka peranti ini adala pilihan yang popular untuk dijadikan hadiah kepada pembeli kereta yang baru.

Ia boleh diharap berbanding dengan sistem RFID malah Perodua mula menawarkan ciri ini sebagai peralatan OEM kepada sesetengah model kereta mereka. Pada hari ini Smart Tag tidak lagi dijual tapi peranti ini digantikan dengan peranti yang menawarkan ciri yang hampir sama dinamakan sebagai MaxTag

9. Baucar Makan- biasa jurujual memang nak belanja pembeli mereka dengan aktiviti makan-makan di kedai namun disebabkan kesuntukan masa maka ia agak sukar untuk dibuat memandangkan mereka perlu bertemu ramai stake holder bagi memastikan pelanggan mendapat kereta dengan cepat

Sebagai jalan mudah, jurjujual akan menghadiahkan baucar makan dari restoran berjenama kepada pembeli.Ha kan seronok pembeli lepas ambil kereta baru, bawa anak pergi jalan jalan dan singgah makan ayam goreng panas-panas.

10. Rebet Tunai- ok rebet tunai biasanya diberikan oleh pengeluar terutama pada hujung tahun atau bila model kereta tersebut sudah sampai ke penghujung hayat dan bakal menerima model baru

Tapi bagi pembeli yang tidak memiliki duit yang cukup, ia sebenarnya pilihan yang baik bagi memiliki kereta baru tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak bagi membayar pendahuluan sebanyak 10% daripada harga kereta. Ya rajin-rajin la bertanyakan kepada jurujual anda berkenaan promosi sebegini

Tapi anda kena ingat kebanyakan hadiah yang diberikan oleh jurujual adalah insiatif sendiri dan bukan wajib. Jangan jadi muka tembok dengan berperangai seperti Belanda minta tanah yang meminta macam-macam sehingga mereka menyampah dengan anda

Google ads
Back to top button