
TESLA JADI PENGELUAR AUTOMOTIF PERTAMA MANSUH JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
Pengeluar kenderaan elektrik, Tesla menjadi syarikat automotif pertama memansuhkan Jabatan Perhubungan Awam (PR).
Menurut sumber tertinggi syarikat kepada Electrek, Tesla tidak lagi mempunyai pasukan PR.
Justeru, tidak hairan mengapa sejak beberapa bulan lalu, syarikat berkenaan tidak menjawab pertanyaan media.
Begitupun, Tesla masih mengekalkan beberapa pengurus perhubungan awam di Eropah dan Asia.
Electrek menambah, individu terakhir mengetuai Jabatan PR Tesla merupakan Keely Sulprizio. Dia telah meninggalkan syarikat tersebut pada Disember tahun lalu.
Selepas dia meninggalkan Tesla, petugas-petugas jabatan itu sama ada mengikut langkah sama atau menjawat jawatan lain.
Pendekatan tersebut bukanlah perkara baharu dalam landskap perniagaan kerana gergasi teknologi seperti Apple telah mengadaptasi langkah itu. – carscoops